Wednesday, December 08, 2010

Balang Mayonis Dan 2 Cawan Kopi

Di dalam sebuah kelas falsafah, seorang profesor berdiri di hadapan dewan kuliah, meja di hadapannya terdapat beberapa barangan. Tanpa sepatah perkataan, kelas bermula dengan beliau mengambil sebuah balang mayonis yang besar dan mengisinya dengan bola golf.

Dia kemudian bertanya kepada para pelajarnya, adakah balang tersebut penuh, dan pelajarnya menjawab “ya!”. Profesor kemudian mengambil sekotak batu kerikil halus dan menuangkannya ke dalam balang yang telah dipenuhi bola golf tadi, lantas menggoncang balang tersebut dengan lembut. Bebatu kerikil mengisi ruangan kosong di antara bola-bola golf. Sekali lagi dia bertanya akan pelajarnya sama ada balang tersebut telah penuh, pelajarnya lantas menjawab “ya…”

Tanpa menjelaskan apa-apa kepada pelajarnya, profesor tersebut lantas mengambil pula sebuah kotak yang berisi pasir dan menuangkannya ke dalam balang tersebut.

Pasir yang dituang mengisi ruangan di antara batu kelikir dan bola golf. Seperti tadi dia bertanya lagi kepada para pelajarnya sama ada balang tersebut telah penuh. Dalam keadaan yang penuh persoalan, rata-rata pelajarnya menjawab “Ya..”

Sejurus selepas itu, profesor itu kemudiannya mengeluarkan dua cawan kopi dari bawah mejanya dan menuangkan kedua-duanya ke dalam balang yang telah sedia ada diisi batu golf, batu kerikil dan pasir tersebut. Air kopi mengisi ruangan yang terdapat di antara pasir. Para pelajar mula ketawa dan tersenyum meihat tindakan profesor tersebut.

“Sekarang…” profesor mula bersuara apabila riuh rendah dan gelak ketawa pelajarnya berkurangan. “Saya mahu anda semua menganggap balang ini sebagai kehidupan anda…
Bola-bola golf mewakili perkara penting - Tuhan, keluarga anda, anak-anak, kesihatan anda, kawan-kawan dan semangat anda - Jika anda kehilangan segalanya dan hanya perkara penting ini yang masih anda ada, hidup anda masih penuh. Batu kerikil halus ini pula mewakili perkara-perkara lain seperti kerja anda, rumah atau kereta anda, manakala pasir pula mewakili perkara-perkara lain, yakni perkara-perkara kecil.”

“Jika anda memasukkan pasir ke dalam balang dahulu…” “… anda tidak akan mempunya ruang untuk batu kerikil dan bola golf. Ini sama juga seperti kehidupan anda. Jika anda menghabiskan masa dan tenaga untuk perkara-perkara kecil, anda tidak akan mempunyai ruang untuk perkara yang sebenarnya lebih penting untuk diri anda.” “Ambil perhatian untuk perkara yang kritikal untuk kebahagiaan anda.Luangkan masa gembira untuk anak-anak. Sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan, bawa pasangan anda untuk makan malam, yang pasti, anda akan masih ada masa untuk membersihkan rumah atau urusan lain. Sila ambil berat akan bola golf dahulu - iaitu perkara yang benar-benar penting. Tetapkan keutamaan. Perkara lain cumalah pasir…”

Salah seorang pelajarnya mengangkat tangan dan bertanya apakah pula yang diwakili oleh air kopi. Profesor tersebut tersenyum. “Saya gembira ada yang bertanya. Ianya menunjukkan bahawa tidak kira bagaimana penuh pun kehidupan anda, akan sentiasa ada ruang untuk secawan dua kopi bersama rakan-rakan…”

Renungan untuk semua. Apabila kehidupan anda seakan terlalu penuh dan nampak sukar untuk diuruskan, apabila 24 jam sehari seperti tidak mencukupi, ingatlah kisah “Balang Mayonis dan 2 cawan kopi ini… “

Ps:
Copy n paste from Internet

Monday, December 06, 2010

Salam Maal Hijrah

Sempena tahun baru ni,

Tingkatkan amal ibadat,
Tingkatkan prestasi kerja,
Tingkatkan ilmu,
Hindar pembaziran,
Hindar perbuatan melalaikan
Hindar sifat negatif

Selamat menyambut maal hijrah

Tuesday, November 02, 2010

Ron 97 naik sket jer...

fakta nombor utk hari ni..
2.15
Pasni ron97 jd minyak utk orang kaya2 shaja..

Wednesday, October 20, 2010

Harga Inspira berserta Insuran

Sah aku blom mampu lagi...





Sumber : Blog automotif tempatan

Pendidikan Kemahiran

Saya begitu tertarik apabila salah seorang dari pelajar saya mengatakan bahawa sistem pendidikan di negara ni sudah tidakmemberi peluang kepada mereka, sejauh mana kebenarannya?. Bila saya fikir kembali, sistem pendidikan di negara kita ni lebih kepada bertumpukan peperiksaan atau berorientasikan peperiksaan, dimana setiap pelajar akan dinilai berdasarkan keputusan peperiksaan yang mereka perolehi.

Apabila kita sebut peperiksaan, maka dengan mudah kita boleh mengagak gender mana yang akan mendahului. Mungkin tak semua orang berpendapat seperti saya, namun kebenarannya, dapat kita lihat dimana semua IPT di negara kita dimonopoli oleh pelajar wanita. So, mana perginya pelajar-pelajar lelaki ni. Kemana menghilang, sudah dimakan garuda kah?? Serenti?? Disebalik tirai besi kah??, ini merupakan pandangan sekilas yang skeptikal.

Tapi bila kita siasat balik, rupa-rupannya pelajar lelaki lebih mudah dijumpai di pusat-pusat latihan kemahiran, Allah itu maha adil, dia menjadikan manusia itu dalam kepelbagaian. Tak semua makhluk ciptaan nya mempunyai keupayaan dalam akedemik, dan Allah juga menjadikan sesuatu makhluknya itu sangat berbakat dalam kemahiran dan kerja tangan walaupun mempunyai keupayaan akedemik yang terbatas.

Bebalik kepada sistem pendidikan kita tadi, saya berpendapatan bahwa kita mestilah mempunyai sistem pendidikan yang memberikan ruang dan peluang kepada pelajar-pelajar yang berbakat kemahiran ini. Kita mesti mempunyai kaedah khas untuk menilai mereka untuk membolehkan mereka juga dapat menggapai ke menara gading. Satu kaedah penilaian secara berterusan mestilah diadakan bagi mengelakkan bakat-bakat mereka terlepas begitu saja, nagara sangat memerlukan bakat mereka.

Adalah menjadi harapan saya, suatu hari nanti, pendidikan kemahiran dan akedemik akan selari bersama-sama dalam arus perdana perdidikan negara kita. Buangkan jauh-jauh persepsi yang menganggap bahawa pendidikan kemahiran itu sbg pilihan terakhir atau 'second echelon'.

Ini merupakan pandangan peribadi saja sempena Melaka Maju 2010, harap2 saya menang cabutan bertuah sebuah rumah. Amin...

Monday, October 18, 2010

Spyshot Myvi 2011 kot

Dah jadi macam blog automotif pulak.. haha..
Lepas proton lancar versi salin kulit nyer yang terbaru,
pakar salin kulit yang kedua mesti la kena fight balik..
model salin kulit kali ni merupakan successor best winning award car.. (ye kot)

Terimalah..

mana satu abg, mana satu adik??

Gambar copy n paste dari blog2 automotif tempatan.

Saturday, October 16, 2010

RM100 juto lebih - banyok tu abe..

Tu ayat dari membe aku la...
Bajet 2011

1. PTK Mansuh
2.Spesel allawon RM500
3. Cuti bersalin 90 hari.

Agok2 semangak koh abe wee nok wak kijo...

Kerajaan tak beri bonus bagi elak perbelanjaan melebihi pendapatan: PM


2010/10/16

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan memberikan bantuan kewangan khas dan bukan bonus sebulan kepada kakitangan awam kerana tidak boleh berbelanja lebih daripada pendapatan.

Perdana Menteri berkata, sekiranya kerajaan memberikan bonus sebulan ia menyebabkan perbelanjaan kerajaan sehingga RM3.1 bilion.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata demikian pada Perhimpunan Kebangsaan Guru 1Malaysia di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini, pagi ini. Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sumber Berita Harian

Proton Emas view pd public

Sempena pertandingan kemahiran malaysia (PKM) sekarang ni tengah berlangsung kat CIAST, proton menampilkan kederaan eco friendly kat public, dulu aku ada pernah terbaca jugak tentang proton nak produce eco-friendly car ni, tak tak brapa follow sgt, tgk pada design, mmg comel jugak, kalu harga murah, bole la ambik satu wat g kedai beli cekedis..  Kalu harga macam Inspirrahhh.. terpaksa la let go dulu.. hehe

Gambar proton Emas


Design dari Itali
Gambar pow dariArt...
TQ

Friday, October 15, 2010

Proton Inspira - Perbandingan Harga

PROTON INSPIRA
1.8 (M) - From RM79,888
1.8 (CVT) - to
2.0(CVT) - RM 95,000

MITSUBIHSI
Mitsubishi Lancer 2.0GT – RM123,980

TOYOTA
Toyota Vios 1.5 TRD Sportivo – RM92,990
Toyota Vios 1.5G – RM87,990
Toyota Vios 1.5E – RM81,990
Toyota Vios 1.5J (A) -RM76,990
Toyota Vios 1.5J (M) – RM71,990

HONDA
Honda City 1.5L Grade S – RM84,980
Honda City 1.5L Grade E – RM89,980
Honda Civic 1.8 Sedan – RM114,980
Honda Civic 2.0 Sedan – RM129,980
Honda Jazz 1.5L Grade S – RM104,800
Honda Jazz 1.5L Grade V – RM109,800

NISSAN
Nissan Latio 1.8Ti (AT) – RM99,958
Nissan Latio 1.6ST (MT) – RM84,680
Nissan Latio 1.6ST (AT) – RM88,980
Nissan Latio 1.6ST-L (AT) – RM92,930
Nissan Latio Sport 1.6ST-L (AT) – RM96,880
Nissan Sentra SPort 1.6L (M) – RM85,750
Nissan Sentra SPort 1.6L (A) – RM89,800
Nissan Sylphy 2.0L Comfort (A) – RM114,850
Nissan Sylphy 2.0L Luxury (A) – RM116,800

NAZA
Naza Forte 1.6EX – RM75,800
Naza Forte 1.6SX – RM81,800
Naza Forte 2.0SX – RM93,800

MAZDA
Mazda 3 Sport 1.6 – RM103,017
Mazda 3 Sport 2.0 – RM133,537

Credit : http://harga-kereta.blogspot.com
& Thestar & funtustico design


Thursday, October 14, 2010

Proton Inspira

Dah start bole booking hr ni...
Didatangkan dengan 3 variasi
1.8L Manual
1.8L CVT
2.0LCVT
Gambar dicedok dari blog2 automotif tempatan.







Tuesday, September 21, 2010

Raya 2010

Tahun ni Raya dimeriahkan lagi dengan tayangan-tayangan cerita antu, bole kata hampir tiap-tiap malam ader je cerita antu kat media arus perdana 1malaysia.

punah minda, lama-lama jd antuRaya..

Friday, August 20, 2010

Somewhere Over The Rainbow

Somewhere over the rainbow
Way up high,
There's a land that I heard of
Once in a lullaby.

Somewhere over the rainbow
Skies are blue,
And the dreams that you dare to dream
Really do come true.

Someday I'll wish upon a star
And wake up where the clouds are far
Behind me.
Where troubles melt like lemon drops
Away above the chimney tops
That's where you'll find me.

Somewhere over the rainbow
Bluebirds fly.
Birds fly over the rainbow.
Why then, oh why can't I?

If happy little bluebirds fly
Beyond the rainbow
Why, oh why can't I?

Tuesday, August 10, 2010

Dont stop believin

Just a small town girl
Livin in a lonely world
She took the midnight train going anywhere

Just a city boy
Born and raised in south Detroit
He took the midnight train going anywhere

A singer in a smoky room
The smell of wine and cheap perfume
For a smile they can share the night
It goes on and on and on and on

Strangers waiting
Up and down the boulevard
Their shadows searching in the night
Streetlight people
Living just to find emotion
Hiding somewhere in the night

Working hard to get my fill
Everybody wants a thrill
Payin anything to roll the dice
Just one more time

Some will win, some will lose
Some are born to sing the blues
Oh, the movie never ends
It goes on and on and on and on

Strangers waiting
Up and down the boulevard
Their shadows searching in the night
Streetlight people
Living just to find emotion
Hiding somewhere in the night

Dont stop believin
Hold on to that feelin
Streetlight people

Dont stop believin
Hold on
Streetlight people

Dont stop believin
Hold on to that feelin
Streetlight people

Monday, July 26, 2010

Senjata

Hari ni da start blatih posa utk sambut ramadhan yang bakal menjelma tak lama nanti,
Karang takde la terkejut sgt badan bila dah sampai bulan posa nanti.
tapi spoil jugak sbb pepagi ni dah kurus pahla posa sbb membebel kat sorang student yang tak berapa bernasib baik kot.. hehe tak pasal2 kena syarah..

Student ni rasanya yang baru enroll, sbb tgk muka macam nerd lagi, sem 3 nanti berubah la muka tu, ganas sket.. Dengan selamba nyer student ni dtg jumpa n pinjam pena sambil anak matanya merngerling kearah pen yang terletak dalam poket baju aku. Dalam hati aku terfikir mungkin student ini nak guna just utk isi borang or nak catat barang sepatah dua patah perkataan jer, tp sempat juga aku tanyakan kenapa tak bawak pen sendiri, jawapan yang diterima "pen saya tertinggal kat kelas". Aku pon bagi la, bukannyer surut pon dakwat.

dekat 15 minit aku peratikan saja student tu, aku tengok dia bukannya nak isi borang or just nak catat aper2, tp pinjam utk buat nota yang dibacanya dari sebuah buku rujukan. ini bermakna student tu tak membuat persediaan sblm datang ke kelas, datang dengan semata mengharapkan semua benda disediakan tanpa perlu usaha sendiri. bagi aku, sikap macam ni menunjukkan tidak ada kesungguhan untuk menuntut ilmu.

Aku pon dengan penuh hikmah approach budah tersebut dan bermulalah sesi menguruskan pahala posa, tp takder la tension sgt, takut naik tekanan darah pulak, kesihatan harus dijaga.. :-)

Intipati syarahan kat student tadi, "U datang belajar ni ibarat U nak pegi berperang, kalu U pegi belajar tak bawak kelengkapan belajar ni ibarat U pegi berperang tanpa bawak senjata. pasti U tersungkur/tewas dengan mudah. U tiada inisiatif sendiri utk menang."
Tribute to CC's, bersara tak lama lagi, thanks.

Friday, July 23, 2010

INSAN

buku ni baru jer sampai kat depan pintu aku, naik pening kpale posto carik alamat rumah, Actualy ni first time aku beli buku online kat MPH, before ni aku lebih suka berpeleseran kat shopping complex n then terus beli buku. lagi pon cari online ni lagi convenient, takpayah kuar duit beli minyak, skrg kan musim berjimat.. Harga minyak tak naik pon, cuma subsidi jer ditarik sket jerrrrr.. lagi pon minyak kat tanahair kita ni lagi murah berbanding negara sebelah.kakaka...

Actually dulu aku dah ader buku ni, tp sbb pindah randah, buku tu hilang, dulu aku dapat buku tu free jer, sbb pengarang dia tu CEO tempat kompeni aku kijer dulu, sbb dia la aku mula tertarik ngan buku2 motivasi n success story, walaupon dia garang n asik marah nyumpah2 sana sini, ada jugak la kebaikkan dia ni..

Kepada member yang masih marah kat dia ni, buka kan lah hati anda sket utk dia ni.. Walaupon ianya pahit, aku skejap jer kijer kat situ, so tak banyak la kena... hehe
semalam, hari ni, esok pon aku banyak jugak menyakiti org lain, minta maaf la yer kalu ader sesape yang terasa, aku hanya INSAN....

Wednesday, July 21, 2010

Dropout

Julai intake dah pon selesai, untuk semester ni kurang daripada 100 orang telah enroll. Tapi kali ni post ni ditujukan kepada mana2 pelajar yang dahulu telah keciciran di mana2 kolej atau U. Kegagalan bukanlah bermakna langkah anda telah terhenti. Fikir sejenak dan cuba fahami petikan dari Oracle CEO, salah sebuah syarikat IT terkemuka didunia. Someone always quote me "It,s not where we start, but where we end" - UKHUA

"Graduates of Yale University, I apologize if you have endured this type of prologue before, but I want you to do something for me. Please, take a good look around you. Look at the classmate on your left. Look at the classmate on your right. Now, consider this: five years from now, 10 years from now, even 30 thirty years from now, odds are the person on your left is going to be a loser. The person on your right, meanwhile, will also be a loser. And you, in the middle? What can you expect? Loser. Loserhood. Loser Cum Laude.

"In fact, as I look out before me today, I don't see a thousand hopes for a bright tomorrow. I don't see a thousand future leaders in a thousand industries. I see a thousand losers.

"You're upset. That's understandable. After all, how can I, Lawrence 'Larry' Ellison, college dropout, have the audacity to spout such heresy to the graduating class of one of the nation's most prestigious institutions? I'll tell you why. Because I, Lawrence "Larry" Ellison, second richest man on the planet, am a college dropout, and you are not.

"Because Bill Gates, richest man on the planet -- for now, anyway -- is a college dropout, and you are not.

"Because Paul Allen, the third richest man on the planet, dropped out of college, and you did not.

"And for good measure, because Michael Dell, No. 9 on the list and moving up fast, is a college dropout, and you, yet again, are not.

"Hmm... you're very upset. That's understandable. So let me stroke your egos for a moment by pointing out, quite sincerely, that your diplomas were not attained in vain. Most of you, I imagine, have spent four to five years here, and in many ways what you've learned and endured will serve you well in the years ahead. You've established good work habits. You've established a network of people that will help you down the road. And you've established what will be lifelong relationships with the word 'therapy.' All that of is good. For in truth, you will need that network. You will need those strong work habits. You will need that therapy.

"You will need them because you didn't drop out, and so you will never be among the richest people in the world. Oh sure, you may, perhaps, work your way up to No. 10 or No. 11, like Steve Ballmer. But then, I don't have to tell you who he really works for, do I? And for the record, he dropped out of grad school. Bit of a late bloomer.

"Finally, I realize that many of you, and hopefully by now most of you, are wondering, 'Is there anything I can do? Is there any hope for me at all?' Actually, no. It's too late. You've absorbed too much, think you know too much. You're not 19 anymore. You have a built-in cap, and I'm not referring to the mortar boards on your heads.

"Hmm... you're really very upset. That's understandable. So perhaps this would be a good time to bring up the silver lining. Not for you, Class of '00. You are a write-off, so I'll let you slink off to your pathetic $200,000-a-year jobs, where your checks will be signed by former classmates who dropped out two years ago.

"Instead, I want to give hope to any underclassmen here today. I say to you, and I can't stress this enough: leave. Pack your things and your ideas and don't come back. Drop out. Start up.

"For I can tell you that a cap and gown will keep you down just as suredly as these security guards dragging me off this stage are keeping me dow..."

Tuesday, July 20, 2010

Mungkinkah terjadi

Kelmarin, org ptadbiran mintak gambar passport.Nak masuk dalm HRMIS katanya.. Tindakan diambil
Semalam, org ptadbiran mintak gambar passport.Nak masuk dalm HRMIS katanya... Tindakan diambil
Hari ni, org ptadbiran mintak gambar passport.Nak masuk dalm HRMIS katanya.. Tindakan diambil
Esok.. Mungkinkah terjadi..  hehe

Tuesday, July 13, 2010

Meng'spastikkan' diri

tip mengspastikkan diri - terutama dalam bilik miting

1. duduk paling ujung, mengadap pengerusi lagi bagus..
2. Buat macam kedai kopi.
3. miting pasal kewangan, komen pasal minit.
4. krusi lock biar condong sket, tp jgn tdo.
5. kalu kena marah - senyum.
6. kalu ada minum, bawak skali dalm bilek miting
7. utk elakkan ngantuk, tanya soklan2..

Selamat memspastikkan diri terutama dalam miting yg anda tak paham...
use @ ur own risk..

Monday, June 14, 2010

Friday, June 11, 2010

Ku Mahu Kau Tahu

Lagu lama kumpulan Hujan,
tgh2 wat kijer terdengar lagu ni..


tersudut termenung jauh
mengenangkan nasib kita
kita miliki separuh
berbentuk hati cinta namanya

walau kau jauh
ku sentiasa menunggu mu
pedih ku imbas kembali memori
walau kau jauh
ku berjanji kan terus tunggu
dipisah lautan pilu
ku mahu kau tahu
aku kan terus menunggu

jaga benar gambar ku dalam telefon bimbit mu
jangan pernah sekali kau buang
seperti cinta ini yang terbuku
akan bersemi jua

walau kau jauh
ku sentiasa menunggu mu
pedih ku imbas kembali memori
walau kau jauh
ku berjanji kan terus tunggu
dipisah lautan pilu
ku mahu kau tahu
aku kan terus menunggu

terus menunggu
kitakan bersatu
terus menunggu
ku mahu kau tahu

Tuesday, June 08, 2010

Zalim

Sedih dengan aper yang berlaku kat sekeliling
Kat luar, Israel dengan rakus menzalimi rakyat Palestin
Dunia islam hanya mampu tengok, nak beri bantuan tapi takut
bantuan yang nak deberi pulak tak kesampaian,
semua jalan ditutup oleh zionis.
Ape yang dapat dilakukan hanyalah berdoa semoga yang Esa
memberikan balasan yang setimpal keatas kezaliman yang mereka lakukan.

Monday, May 10, 2010

Hari Ibu



Utk Ibu ku.. Tuan Mariam Bt. Mustafa

Utk Ibu mertua. Pn. Jamilah Bt. Jani.

Utk Isteriku Azlina Bt Abd. Wahid..


SELAMAT HARI IBU...

daripada aku, tiada kata-kata yang dapat menggambarkan kasih sayang kalian.

Terima Kasih

Kerjo semula…

Selepas 2 minggu berkurus.. Opss.. berkursus. Hari ni mula menjejok kan kaki ke Opis yang amat dirindui.. heheh.. Tgk mejo dah bersepoh-sepoh, memo2 penuh atas mejo, dalam pigeon hole pon berlambok-lambok.. Banyok sungguh surat chento..

Dalam masa 2 minggu ni, dua kursus telah aku attend, first week kursus fotografi dan adobe photoshop. Second week plok aku g kursus preparation untuk MySkills Asean. Haa.. 2 benda yang sgt jauh berbeza.. Paling bess kursus kamera digital SLR lah.. Walaupon aku takdok kamera jenih ni.. Tp teknik2 yang dipelajari boleh la jugok aku apply kat kamera kompak org ghumoh yg telah banyok berjasa merakamkan pelbagai event sepanjang ia berkhidmat.

Utk kursus persediaan MySkills Asean pulok, aku rasa macam kalu aku tok pegi pon ok kot.. Sbb belajar bendo-bendo yang aku boleh carik sendiri, Cuma maso hari terkhir jah best sket. En. Halim ILP Ledang menunjukkan seni persilatan yang mantap dengan CISCO IOS. Tp tu pon tak dapt physical hardware, main virtualization jah… Bole laaa…
Untuk debian pulok, belajar setakat nok up service jah, pastu utk Win server 2008, ajar kungfu simple jah.. Tp yang best nyer instructor taknak cakap dalam bahso ibunda pon walau mostly peserta nok sebut dalm English pon tergagap2.. Ganah2… Skeping Londing tuh.. Org kalu nok skeping pon, tgk audien dulu la.. kan tok pasal deme sore je pahang…hehe

Kursus Adobe Photoshop pon mmg best, agaknyer sbb jiwo aku ni suko bendo2 berseni.. hehe budok sastera ni dulu walaupon skoloh sains.. hehee pelik dok.. Aku dah aplokasi doh apo yang aku dapat dari kursus ni dengan mentouch up muko aku sendiri, pastu muka org ghumoh pulok… licin muko aku dibuatnyer..

Ok sambung wat kijo…

Friday, April 09, 2010

Anda adalah pilihan anda sendiri

 Anda adalah pilihan anda sendiri

kat mana yer aku dgr benda ni...

yang ni plak.. "Hidup sebagaimana yang anda tentukan"
ni dr ally iskandar - HSBC

Dari segi maksudnyer lebih kurang sama..

Monday, March 15, 2010

Tingkat kualiti tenaga mahir

excerpt from Hmetro

PETALING JAYA: Kementerian Sumber Manusia akan mengkaji semula Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan untuk mengadakan kursus latihan kemahiran hingga ke peringkat tertinggi bagi meningkatkan kualiti tenaga mahir tempatan.
Timbalan Menterinya, Datuk Maznah Mazlan, berkata setakat ini peringkat tertinggi kursus adalah hingga tahap 4 (setaraf diploma) dan 5 (diploma lanjutan) dan akan dilanjutkan hingga tahap 8 (kedoktoran). “Manakala untuk kursus latihan tahap 6 adalah setaraf Ijazah Sarjana Muda dan tahap 7 setaraf ijazah sarjana malah usaha ini akan memberi peluang kepada rakyat untuk menikmati skim gaji yang sama walaupun dalam bidang kemahiran.
“Kursus latihan kemahiran itu selaras hasrat kementerian untuk meningkatkan kualiti latihan kemahiran sekali gus menjana tenaga mahir yang berpendapatan tinggi,” katanya pada sidang media selepas merasmikan pameran kerjaya Jom Cari Kerja di Kota Damansara, di sini, semalam.

Thursday, March 11, 2010

Happy Anniversary.

Happy Anniversary My Dear..


Monday, March 08, 2010

Nak buat ape yek hr ni..

Nak buat ape yek hr ni..

Hari ni Monday blues

Staf sorang g kursus, sorang lagi EL

Esok nak kena g kuala Langat,

Kereta suspension ada bunyi kriookk, kriookkk..

Esok peksa kat K. Langat tak study langsung

Malas nak study sbb banyak sgt kena study..

Nak kuar g makan jauh kan takut tutup plak opis, takdak org

Nasib baik ada student praktikal, leh suruh jaga kaunter.

Kar library pon tak ramai student hari ni.. bagusss.. haha

Mmg terasa sangat kemalasannya..

Pepagi lagi dah kena panggil ngan tuan director..

Rupanya nak tanya pasal Office 2007.

Tgh hari macam nak balik rumah, tak takdak sesiapa kat umah.. tak jadi balik..

Buat lah mana kijer yg patut..

Jangan kosong terus..

Jgn biarkan sense of laziness menguasai diri..




Friday, March 05, 2010

Mac

        Dear diari.. hehe klasiknyer.. mac kembali lagi, 2 most important things yang berlaku dalam bulan Mac. Pertama-tamanya adalah bulan ni aku akan menyambut ulang tahun perkahwinan yang kali ke dot dot dot.. hihiii.. yang keberapa tak penting kerana the most important is, setiap hari aku belajar mengenali dia dan memahami dia.. Kasih sayang darinya membuat aku feel alive everyday.. Jiwang gitu… kekekeke

     Second is aku dikurniakan cahaya mata pertama, yang membuat aku mengerti apakah erti kebapaan. Sedih, manja dan tawanya adalah hidup aku.. memang benar, aku masih lagi cetek dalam ilmu kebapaan yang menuntut sejuta pengorbanan dan kesabaran. Namun setiap hari adalah pelajaran bagi aku.. In the most greatest university, that’s University of Life…

Thursday, March 04, 2010

Judger vs Learner

Situation 1

1. What's wrong with me?
2. Who can i blame?
3. What's wrong with them?
4. Why am I so stupid?
5. Why is he/she so stupid?
6. How did I get stuck with this worst team?
7. How can I prove I'm right?
8. How could I lose?

Situation 2

1. What do I want?
2. What can I learn?
3. What's works?
4. What happened?
5. What am I responsible for?
6. What possible?
7. What good about this?
8. What's best to do now/

Situation 1 is JUDGER
situation 2 is LEARNER

so u better be a LEARNER

Wednesday, March 03, 2010

Sweet Home To Be

Pandangan Depan

Pandangan Tepi

Pandangan Belakang


Pandangan Sudut Belakang

Tuesday, March 02, 2010

Kerispatih – Kesalahan Yang Sama

Dulu memang aku pernah salah
Dan semuanya t’lah ku lakukan
Namun bukan berarti hidup dan cintaku
Tak tertuju padamu

Saat ini sejenak dengarkanlah sayang
Semua itu hanya perjalanan
Dan mungkin aku akan terjatuh lagi
Di kesalahan yang sama

Hanya satu inginnya hatiku
Hanya satu inginnya cintaku
Terima sebagaimana adanya diriku
Dan ku akan tetap mencinta

Kau yang buatku mengerti
Dimana harus ku kembali
Saat ku hancur dan terhempas
Di kesalahan yang sama


Program Keciciran Pelajar.



What da hell is that, sound nice… That was latest program introduced by ministry. Program kalu ikutkan macam x berjaya sbb daripada 80 surat tawaran yang dikeluarkan, hanya 9 pelajar saja yang enrolled sehingga hari ni. Tak sampai 10% pon yang  inat nak sertai program ni. Tp memandangkan enrolment telah dibuat, program latihan untuk diorang pon mestilah berjalan seperti biasa.
Bahagian Teknologi Perisian (Multimedia) telah diberi kepercayaan untuk melaksanakan program latihan mereka sepanjang 1 tahun 9 bulan… Tahniah.. Hari ni dah nampak kelibat new student ni kat area Perpustaakan dan nampaknya mebbe diorang dah start kena buat assignment. Maklum la nak catch up student lain yang dah belajar 3 bulan.
Tp kalu ikutkan pandangan peribadi aku, rasa mmg berat untuk tenaga pengajar diorang ni.. Dah la terlewat 3 bulan, mostly rata2 student yang baru ni cukup2 makan jer sijil peksa. Parah tu nak ajar Perisian Multimedia, kalu ketukangan lain mebbe bole cerita lagi la.. Tapi bak kata orang tua2.. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul, so selamat berusaha la cikgu-cikgi multimedia yer.. Sy tumpang gumbira jer..

Monday, March 01, 2010

SKT

Sementara wat finalize SKT ni, sempat jugak conteng blog ni sket. Nway jap lagi dalam pukul 9.00pg nak kena g present SKT unit kat Tuan Pengarah, SKT ni buat pon base pada SKT taun lepas Cuma touch up sket2 bagi Nampak cantik sket. Minggu lepas pon dah discuss dengan KJ n ada lah beberapa amendment kena buat. So skrg ni tgh buat amendment tu lah.


Okeh, sambung kerja…

Ps: SKT terunggak, bln 3 br present

Thursday, February 25, 2010

Kursus IT Application for MySkills 2010



Alhamdulillah tamat sudah kursus IT Application for MySkills 2010 anjuran ILP Kuala Langat, Banting. Terima kasih kepada pihak urusetia yang menganjurkan kursus ini. Mmg banyak maklumat yang diperolehi disamping memberikan pendedahan apakah ‘requirement’ yang perlu sebelum menghadiri peringkat kedua kelayakan Myskills 2010.

Jutaan terima kasih kepada 2 orang tenaga pengajar yang begitu komited melatih kami iaitu Puan Azlin dr ILP K Langat dan Puan Azua dari ADTEC Shah Alam. Terima kasih kerana bertungkus lumus melatih kami yang rata-rata pertama kali mengambil bahagian dalam bidang ini. Berkat kesabaran Puan-Puan,banyak ilmu baru yang kami serap. InsyaAllah ilmu yang kami perolehi ini kami akan sampaikan pula kepada anak didik kami.

Kepada rakan-rakan seperjuangan dalam kursus ini, telah banyak saya telah pelajari dari tuan-puan, bukan saja ilmu IT Application, malah ilmu psikologi pon ada. Kepada semua peserta MySkills 2010 untuk bidang IT Application, saya ucapkan selamat maju jaya. Semoga kita semua layak ke peringkat seterusnya. Amin…

Friday, February 19, 2010

CARI

Telah lama mencari hidayah

Telah lama mencari pedoman

Telah lama mencari ketenangan

Telah lama mencari kedamaian

Telah lama mencari keinsafan

Telah lama mencari keikhlasan

Telah lama mencari ketulusan

Telah lama mencari kasih

Telah lama mencari cinta

Telah lama mencari rindu

Telah lama mencari sayang

Telah lama mencari diri sendiri

Adakah telah ku temui semuanya…



p/s: petang ni ada ceramah dr SPRM...

Wednesday, February 10, 2010

Kerana ½ jam.

Bahagian kewangan yang begitu plastic hari ini sengaja call aku sbb nak downkan semangat aku nak kerja dengan penuh dedikasi. Bak macam dalam iklan Wimax, Potong, potong, potong jela.. Tak payah nak call2 bagitau sbb yang remeh sbb nak potong aku punya claim.

Ape diorang ingat aku kena g buat kijer outstation tu sbb saje2 ke, kadang2 tu mmg ada jugak melencung, tp kali ni aku tak melencung, aku sudah insaf. Nak potong kilometer la, nak potong masa perjalanan la, ape diorang ingat aku dapat untung 100% ka kalu buat claim. Kalu perangai diorang macam ni, pasni ramai ar staf malas g meeting, kijer outstation. Baik duduk umah main ngan anak2, isteri.

Aku tak kisah sgt diorang nak potong, tp just cut if off. Tak payah call2 bagi penjelasan, aku dah jemu dgr penjelasan. Aku mahukan wang.. Oppsss, aku mahukan kebenaran, ketelusan dan keikhlasan dalam menjalankan kijer. Kalu bos korang, musti cepat jerk an korang buat. Takdak potong potong, ntah2 siap tambah lagi.. Huhhh Aku bersikap prejudis skrg.

Monday, February 08, 2010

Borak-borak kedai kopi

Kalai : Aku ada satu bisnes baru, mmg banyak bole buat duit la.. It’s MLM. But kalu nak masuk ni nak kena modal besar jugak. RM40k, tp aku dah tgk salah sorang peserta skim ni, mmg dia sudah dapat income yang berlipat kali ganda laaa..

Pak Bib : Kalai, kita kerja ni kena la sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada, kalau kita buat kerja luar, nanti prestasi kerja hakiki kita pon mesti ada efek jugak kan. Lagipon cari-cari duit lebih pon, kita akan sentiasa tak cukup selagi kita tak ubah gaya hidup kita.

Kalai
: Betul tu Pak Bib, tapi dalam kontek kije kerajaan ni, katakan la helmi rajin buat kerja, hari-hari datang kerja, buat kerja sungguh-sungguh, sedang kan saya plak datang kija hari-hari juga.. tapi main facebook, layan youtube.. Tgk akhir bulan nanti, sama juga dapat gaji sama.. Cukup masa naik pangkat jugak.. Tp kalu swasta lain la, sapa tak perform takkan naik punya..

Helmi : Pada pendapat aku la, kita kerja luar tu takpa, tp jangan menyusahkan org lain, Kalau kau masuk MLM ni, kalu kau dapat untung, mesti ada orang lain yang akan rugi nyerrr.. Benda ni berlayer-layer.. kalu kau layer yang atas tak per lah.. Tapi kalu ko layer bawah-bawah.. mana lagi mau cari org..

Kalai : Mmg la mie, tp kita ni, kadang kala tu mau juga g bercuti, duduk hotel 5 stars. Kalau harapkan gaji kijer kerajaan ni mmg sampai bila-bila pon takkan cukup. Mesti mau buat kijer luar punya..

Moral of the story, Setiap org ada pendapat masing-masing tentang kerja. Anda sendiri yang menilaikannya.

Cerita ini adalah rekaan semata2..
Adios….

Thursday, February 04, 2010

MySkills2010

Dear Diari,

As u know, selasa lepas nyaris aku demam. Seluruh badan dah sengal-sengal sbb dekat 5 jam kena torture dengan van marhain jabatan. Ni suma sbb nak balik ikut jalan short cut lan kununnya, tp jd long vut la plak.

Dear Diari,

Masa aku g Myskill10 kat ILP Kuala Langat tu, aku tak study langsung pon, kau tau tak diari, aku tembak lebih separuh daripada jawapan tu, dah la aku ambik bidang lain kali ni, kununnya nak try bidang baru. Terkulat-kualt aku tgk soklan dia.. Tp aku teruskan jua.

Dear Diari,

Walaupun namanya pergi Myskills tu kerja rasmi, tp aku rasa kali ni macam g kijer santai jer, dah la tak study, on the way plak tu siap singgah PD melantak, tgk pantai..

Dear Diari,

masa aku tulis post ni, jap lagi result sapa layak ke second phase nak kuar dah, rumors yg aku dgr la, mebbe suma org layak.. tp kalu pikir logik, ade ker pertandingan suma org adalah pemenang. Logik jugak kot.

Dear Diari,

Jumpa lagi, aku banyak kijer lagi..
minggu depan aku cuti balik trg..
adios

Kau Dan Aku

Kau Dan Aku

Komposer : Aizat
Lirik : Aizat

Kau dan aku ,adalah satu
Tak kira apa
Segala rintihan aku ,engkau selalu ada
Biar kata memisah kita
Biarkan saja
Kerana terbiasa

Mengejar mimpi ,yang pasti akan aku
Sentiasa merasa kehilanganmu
Ku akan tunggu saat bertemu
Tiada henti
Walau dimana kita berdiri
Di dalam dunia ini
Biar sampai akhirnya nanti

Semua tak terang di mataku ,walau warnanya menyala
Ingin merasa namun aku takkan cuba
Biar kata memisah kita
Biarkan saja
Kerana terbiasa

Thursday, January 14, 2010

Tak cukup masa

Aduyaiii..
tak cukup masa nak tulis blog,

Letak gamba jelaaaa....



Gamba pon letak gambar sama jerr
mmg betul2 tak cukup masa nih...