Wednesday, October 20, 2010

Pendidikan Kemahiran

Saya begitu tertarik apabila salah seorang dari pelajar saya mengatakan bahawa sistem pendidikan di negara ni sudah tidakmemberi peluang kepada mereka, sejauh mana kebenarannya?. Bila saya fikir kembali, sistem pendidikan di negara kita ni lebih kepada bertumpukan peperiksaan atau berorientasikan peperiksaan, dimana setiap pelajar akan dinilai berdasarkan keputusan peperiksaan yang mereka perolehi.

Apabila kita sebut peperiksaan, maka dengan mudah kita boleh mengagak gender mana yang akan mendahului. Mungkin tak semua orang berpendapat seperti saya, namun kebenarannya, dapat kita lihat dimana semua IPT di negara kita dimonopoli oleh pelajar wanita. So, mana perginya pelajar-pelajar lelaki ni. Kemana menghilang, sudah dimakan garuda kah?? Serenti?? Disebalik tirai besi kah??, ini merupakan pandangan sekilas yang skeptikal.

Tapi bila kita siasat balik, rupa-rupannya pelajar lelaki lebih mudah dijumpai di pusat-pusat latihan kemahiran, Allah itu maha adil, dia menjadikan manusia itu dalam kepelbagaian. Tak semua makhluk ciptaan nya mempunyai keupayaan dalam akedemik, dan Allah juga menjadikan sesuatu makhluknya itu sangat berbakat dalam kemahiran dan kerja tangan walaupun mempunyai keupayaan akedemik yang terbatas.

Bebalik kepada sistem pendidikan kita tadi, saya berpendapatan bahwa kita mestilah mempunyai sistem pendidikan yang memberikan ruang dan peluang kepada pelajar-pelajar yang berbakat kemahiran ini. Kita mesti mempunyai kaedah khas untuk menilai mereka untuk membolehkan mereka juga dapat menggapai ke menara gading. Satu kaedah penilaian secara berterusan mestilah diadakan bagi mengelakkan bakat-bakat mereka terlepas begitu saja, nagara sangat memerlukan bakat mereka.

Adalah menjadi harapan saya, suatu hari nanti, pendidikan kemahiran dan akedemik akan selari bersama-sama dalam arus perdana perdidikan negara kita. Buangkan jauh-jauh persepsi yang menganggap bahawa pendidikan kemahiran itu sbg pilihan terakhir atau 'second echelon'.

Ini merupakan pandangan peribadi saja sempena Melaka Maju 2010, harap2 saya menang cabutan bertuah sebuah rumah. Amin...

No comments: