Tuesday, December 22, 2009

Apakah maksud Apungan?

Apakah maksud Apungan?

Actually berita ni dah lama tapi baru terbaca,
my most faveret drifter, Ku Djan sekali lagi mengharumkan nama Malaysia
dalam arena sukan apungan. Dia skali lagi mengulangi keunggulannya setelah sblm
ini dia mengatasi juara apungan amerika syarikat Vaughn Donald Gittin dalam D1GP japan.
Cayalah, nanti nak try drift jugak lah ngan wira TAD ni ..kekekee

Sumber dari paultan
http://paultan.org/2009/12/21/tengku-djan-wins-goodyear-formula-drift-malaysia/

Jawapan Kepada Soalan Diatas....
http://www.youtube.com/watch?v=R0VPGKLVc-c

Monday, December 21, 2009

Mari Bersenandung


Hmmmm Hmmmm Hmmmm
Hmmmm Hmmmm Hmmmm Hmmmm Hmmmm
Hmmmm Hmmmm Hmmmm
Hmmmm Hmmmm Hmmmm Hmmmm Hmmmm

Dduuuuu Dduuuuu Dduuuuu
Dduuuuu Dduuuuu Dduuuuu Dduuuuu Dduuuuu
Dduuuuu Dduuuuu Dduuuuu
Dduuuuu Dduuuuu Dduuuuu Dduuuuu Dduuuuu

Hmmmm Hmmmm Hmmmm
Hmmmm Hmmmm Hmmmm Hmmmm Hmmmm
Hmmmm Hmmmm Hmmmm
Hmmmm Hmmmm Hmmmm Hmmmm Hmmmm

Dduuuuu Dduuuuu Dduuuuu
Dduuuuu Dduuuuu Dduuuuu Dduuuuu Dduuuuu
Dduuuuu Dduuuuu Dduuuuu
Dduuuuu Dduuuuu Dduuuuu Dduuuuu Dduuuuu

Ulang sehingga bayi anda terlelap...

Friday, December 04, 2009

Final Exam 2/2209

Dear Diari..

Minggu depan dan start final exam untuk student. Mmg banyak betul benda nak kena buat sampai sesak jugak kepala otak ni.. Semua coursework pelajar nak kena update kat dalam system online E-JPK, Kena isi SPC, sign RPK, Check Portfolio Student. Dah lepas exam plak nanti, nak kena marking paper plak.. kalu ada yang fail nak kena retest plak.. Camana nak memotivasikan diri nih..

Ok lah .. Work.. Work.. Work…. Berkhidmat utk Negara..



Cuti-cuti malaysia : Menara Taming Sari Melaka

Wednesday, December 02, 2009

How to Maximise Your Fuel

Before you drive

1. Tune and service your engine – A well-tuned engine can improve fuel economy by up to 5%*, so always use the recommended grade of motor oil like Shell Helix and follow your car manufacturer’s recommendations on servicing.
2. Keep your tyres at the right pressure – Correctly inflated tyres are safer, last longer and drive more efficiently. A tyre that is under-inflated by just 1psi can reduce fuel efficiency by 1-2%.* An under- or over-inflated tyre is also more susceptible to failing and blowout.
3. Avoid carrying excess weight – For every extra 100lbs (45kg) you carry your fuel efficiency can drop by 1-2%*, so keep your boot or back seat clear of unnecessary items that just add weight to your vehicle.
4. Take the roof rack off – If you’re not using your roof rack then remove it. Racks affect the aerodynamic efficiency of your car, creating drag which can result in your car using up to 5% more fuel*. It all adds up to less mileage.
5. Plan trips carefully - Cutting down on the time spent in the car is the easiest way to conserve fuel. To reduce driving time, know where you’re going and, if possible, travel outside of peak times.


While driving

1. Drive smoothly and keep calm – Aggressive driving can use as much as a third more fuel than safe driving. Avoid accelerating or braking too hard and try to keep your steering as smooth as possible.
2. Use high gears and avoid over-revving – The higher gear you drive in, the lower your engine speed is, which can improve fuel efficiency. Change up a gear whenever you can, without labouring the engine. Never ‘redline’ the rev counter because you unnecessarily waste fuel.
3. Use cruise control and avoid high speeds – Using cruise control on major roads helps you maintain a constant speed and, in many cases, will reduce fuel consumption.As well as potentially dangerous, fast driving can waste fuel. Approximately at 70mph (110kmph) you could be using up to 30 per cent more fuel than at 50mph (80 kmph)**. So remember: the faster you drive, the more fuel you’ll consume.
4. Avoid excess idling – Idling gets you nowhere but still burns fuel. Turn the engine off when you’re in a queue or waiting for someone for more than a minute or two. Use ‘Start-Stop’ button/functionality, when available in your car.
5. Use air conditioning sparingly – Air conditioning puts added strain on the engine. Try to limit its use to particularly hot days only. Alternatively you can wind down the window - though you will lose some fuel efficiency with the window open, it is still far more economical than using the air conditioner.


source : http://www.shell.com/

Tuesday, December 01, 2009

Kisah Nasi Bukhari.

Last week sempat bawak AnD jumpa Umilong, Ayahlong, Kak Long, Abg Mat, Kak Tin kat Quality Hotel KL. Perjalanan menaiki kenderaan marhain memakan masa lebih kurang dua jam dari negeri Hang bersaudara ke Lembah Yap Ah Loy. Plus minus dengan makan langsat sikit sampai la jugak ke destinasi.

Tp kami tersampai awal la plak, So dengan menggunakan kecanggihan media telekomunikasi, kami dapat mengesan yang Ayahlong masih lagi berada kat Genting Sempah. Jauh gak tu. So kami pon sempat lah bershopping window kat Super Duper Runcit Sogo. Bukan main sesak lagi kat sini. Nak carik parking pon ambik masa berjam.. err.. tak sampat sejam kot, tp keboringan menunggu buat masa berlalu begitu sentimental sekali.

Lebih kurang pukul 2 ptg, Ayahlong sekeluarga dan sampai n checkin kat Hotel, so kami terus la bergegas ke sana. Ayahlong awal2 lagi tunggu kami kat depan hotel tu nak guide kami g parking. Sib baik parking banyak, siap dapat parking pree lagi. Lain kali leh datang lagi kat sini lah..

Akhirnya kami sampai gak ke bilik Ayahlong sekeluarga. AnD mulanya malu-malu sbb dah lama tak jumpa. Tp kejap jer, pastu mula la dia wat aksi-aksi tidak terlampau mereka. Umilong plak bawak hidangan istimewa dr Terengganu. Fuhh.. mmg seronok AnD sekeluarga. Maklum lerr dah lama tak rasa KECAPE Terengganu. Mmg banyak betul AnD makan termasuk la ayah AnD.. hehee Tambah tiga kali kerr empat kali.. ratah lauk lagi… Dah lebih kurang majlis perbandaran dah dibuatnyer..

Tgh sedap2 makan tu sampai terlupa nak snap gambar makanan, khusyuk sgt makan, lepas makan ada plak sesi penggambaran AnD bersama Abg Mat dan kamera DSLR terbaru milik Ayahlong. AnD apalagi laa.. Posing jer la kat celah-celah beg Ayahlong, A plak tak abis-abis mintak nak turun bawah g kat kolam renang. A ni mmg pantang betul kalu jumpa kolam renang, mmg nak berendam je lah..

Dah puas AnD main2 ngan Along, Abg Mat n Kak Tin, tiba masa utk kembali ke negeri Hang bersaudara. Masa on the way balik,sekali lagi kami makan langsat. Huh.. tp tak mengapa kerana nasi bukhari ada menemani kami.. hehee

Tuesday, November 24, 2009

This is not a heavenly song but I love the lyrics.
This song is written by young singer, actress and composer Miley Cyrus.

The Climb

I can almost see it
That dream I'm dreaming but
There's a voice inside my head sayin,
You'll never reach it,
Every step I'm taking,
Every move I make feels
Lost with no direction
My faith is shaking but I
Got to keep trying
Got to keep my head held high

There's always going to be another mountain
I'm always going to want to make it move
Always going to be an uphill battle,
Sometimes you going to have to lose,
Ain't about how fast I get there,
Ain't about what?s waiting on the other side
It's the climb

The struggles I'm facing,
The chances I'm taking
Sometimes they knock me down but
No I'm not breaking
I may not know it
But these are the moments that
I'm going to remember most yeah
Just got to keep going
And I,
I got to be strong
Just keep pushing on, cause

There's always going to be another mountain
I'm always going to want to make it move
Always going to be an uphill battle,
Sometimes I'm going to have to lose,
Ain't about how fast I get there,
Ain't about what's waiting on the other side
It's the climb

There's always going to be another mountain
I'm always going to want to make it move
Always going to be an uphill battle,
Sometimes you going to have to lose,
Ain't about how fast I get there,
Ain't about what's waiting on the other side
It's the climb

Keep on moving
Keep climbing
Keep the faith baby
It's all about
It's all about
The climb
Keep the faith
Keep your faith

Friday, November 20, 2009

Thermostat Enjin

Ujung minggu ni free sket, sebab kawan wife tak jadi nak datang rumah, so berkira-kira nak (Do – It – Yourself) DIY la servis keta kat rumah, bole lah save cost sket time-time gawat camnih. Lagipun rasanya tak susah setakat nak tukar minyak enjin dengan tukar air radiator. Dah belek2 kat forum-forum automotif td, tak berapa rumit sangat la nak realisasikan projek DIY nih.

Satu lagi, keta ni nak kena pasang thermostat balik lah, sbb rujuk kat forum teknikal n wikipedia. Enjin sesebuah kereta tu beroperasi pada suhu tertentu untuk mendapatkan prestasi yang optimum. Last year, pomen panel sy dah remove benda ni sbb katanya kita ni duduk kat Malaysia, cuaca panas n lembab, so tak perlu la pakai thermostat sebab thermostat ni direka untuk kereta kat jepun yang mana suhu kat negara diorang kadang tu 5 darjah Celcius saja.

So hampir setahun jugak la running enjin tanpa thermostat, so far ok lah tapi masalah nya enjin lambat sangat nak capai suhu pengoperasian. Kalau setakat 5-6 minit panaskan enjin, tak sampai setakuk pon pada meter suhu tu. So memang lambat la. Biasanya kena jalan dulu baru dapat suhu yang dikehendaki. Kekadang tu kalu drive malam or dalam hujan, suhu pon drop jugak sampai suku jer. Suhu yang sepatutnya ialah kat tengah-tengah kurang sikit-skit jer. Ni sy refer kat forum automotif la..

Based on article kat HowStuffWork n Wikipedia, thermostat mempunyai beberapa fungsi yang penting dalam sistem penyejukan enjin. Salah satu nya nak mempercepatkan enjin mencapai suhu yang dikehendaki untuk beroperasi dengan cara menyekat air daripada mengalir kedalam radiator jika suhu enjin masih sejuk. Ini kerana thermostat biasanya akan membukat pintu aliran air ke radiator pada suhu 82-85 darjah celcius.

Selain daripada tu, themostat jugak memastikan suhu sentiasa berada dalam keadaan stabil dengan cara mengawal kadar bukaan pintu aliran air ke radiator. Jika suhu tidak terlalu panas. Maka aliran yang dibenarkan melalui termostat adalah perlahan sahaja kerana pintu aliran dibuka sedikit sahaja. Jika suhu enjin sudah tinggi, maka pintu aliran akan dibuka semaksimum mungkin untuk membolehkan air mengalir dengan lebih pantas seterusnya mengyejukkan enjin kereta anda.

Nway, maklumat kat atas tu mebbe ada sedikit kekurangan sebab sy ni bukan student automotif, tp cukup untuk sekadar menjaga enjin kereta kesayangan sendiri. Karang kalu dah kena overheat enjin, lagi banyak plak modal kena keluar untuk repair. Lagi pon dengan DIY ni dapat la berjimat cermat sket. Bak seruan pemimpin kita suruh rakyat Ubah Gaya Hidup. Pasni tak payah makan nasi, makan ubi kayu jer.. hehhe.. pastu kalu yang perut jenis makan nasi.. jangan risau, sumbat jer ubi kayu tu bebanyak.. baru kenyang..

Adios...


A n D

Monday, November 16, 2009

Tak Dak Idea

lately ni rasa macam ketandusan idea lah dalam pelbagai aspek. Tak kira la samaada nak pelbagaikan teknik pengajaran atau nak berborak kat kedai kopi. Macam membeku jer otak nih, otak tak berapa nak berlari-lari. Mebbe sbb dah lama tak buat Math kot.

Masa skolah dulu, math ni lah subjek yang amat-amat disukai, kira subjek faveret laa.. kalu dalam sehari tu tak buat math, rasa macam membeku jer otak-otak. Dulu-dulu, math dah dianggap macam kicap, subjek-subjek lain plak, terutamanya sejarah sebagai nasi.. So kalu makan nasi tak best kalu takdak kicap, maknanya kalu study sejarah tu, kena selang-selang la dengan buat math, baru lambat rasa boring... Itu la analogi yang menunjukkan betapa bestt nyer makan nasi.. eh he.. best nyer Math..hihi

Berbalik pulak kepada ketandusan idea nih, aku pon ada terbaca dlm sebuah buku yang berkisar mengenai Knowledge Based Economy. The most interesting quote yang aku dapat dari buku tu ialah "Kegagalan sebenar seseorang manusia ialah, mereka gagal mengeluarkan idea dari dalam diri mereka", lebih kurang "fail to plan is Plan to fail" laa.. Dan dalam buku tu lagi suruh setiap idea yang dikeluarkan tu mestilah diusahakan dengan bersungguh-sungguh. baru la akan nampak hasilnya samaada dalam jangka masa pendek or dalam jangkamasa panjang.. Yang penting kena usaha, rajin.

berbalik kepada konteks diri aku ni, mebbe sbb dah duduk dalam comfort zone kot, tu yang malas nak berfikir tuh.. huhuh Tapi kalu nak kata comfort sgt pon tak jugak. Kadang tu panas punggung n telinga jugak sesekali-sesekala.hehe

Mebbe sbb pemakanan pon bole jadi jugak, dah kurang makan kicap skrg ni sbb wife selalu masak makanan yang segah-megah.. Kadang tu simple jer tp keberkatannya tu ada.. Cukup la untuk aku n anak2.. Fort the time being, still kena caik lagi lah ape faktor sebenar yang buat otak jadi beku ni.. Yuppp, Punca permasahalan hari dinuru dulu..

Cuba kita renung kembali macammana org zaman dulu kali mengeluarkan idea dari dalam diri mereka, idea yang hebat2. Contohnya penciptaan roda, kapal terbang n komputer. Suma ni sbb mereka berfikir. So start dari sekarang.. aku kena la kerahkan sikit otak ni supaya berfikir.. fikir... Thinking.. :-)

Thermostat free dr Ah Kun

Monday, November 09, 2009

Bebelan hari ini

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua pelajar sekelian, semoga anda sihat semua pada hari ini untuk kita teruskan pembelajaran. Kalau ada yang rasa-rasa tak sedap badan tu, boleh lah buat regangan sikit, biar mata tu kembali cerah n segah, boleh tarik nafas dalam2 jugak, bagi oksigen sampai kat otak terutama bahagian serebrum, sereblum dan medula oblonggata

So, minggu lepas, u all semua ada pergi taklimat OJT kat pusat sumber kan. Faham tak apa yang kena buat dan cara-cara nak isi borang kehadiran, nak isi maklumat dalam buku log semua tu. Sblm tu, ada tak pelajar yang masih belum dapat tempat untuk OJT, kena cari cepat sikit yer. Kalu tak benda ni boleh menjejaskan u all punya sijil dan CGPA.

Last week saya ada bagi assignment kan untuk subjek saya, so due date dia sampai petang ni. Harap hantar cepat sikit lah sbb saya nak marking semua tu and bagi markah pada u all. Markah ujian pon saya akan compile dan semua ni akan masukkan dalam CGPA u all. So kena buat betul2 lah, jangan meniru or ceduk daripada mana2 resource yang ada kt internet, especially information dari laman web indon. Jangan sampai saya jumpa assignment u all yang guna bahasa Indon. Better watch out.

So minggu ni saya bagi u all masa untuk study la untuk final exam nanti, jangan siakan masa dan ruang yang saya telah bagi ni. Kepercayaan yang saya bagi ni jangan awk ambil kesempatan pulak dengan main game and buat bising dalam kelas, saya ada spy dalam kelas untuk report pada saya siap yang slalu ponteng and buat bising dalam kelas.

Hari ni saya nak kongsi la sedikit cerita dengan u all semua, u all semua tahu kan yang u all semua ni pelajar dalam bidang kemahiran. Ramai orang beranggapan yang bidang kemahiran ni as a second class or second echelon or banyak lagi la term diorang. Tp bagi saya bidang kemahiran ni tak kurang penting nya dalam kita nak memajukan Negara umum nya dan khasnya untuk memajukan diri kita sendiri. Jadi saya nak u all semua tanamkan dalam diri masing-masing that Bidang Kemahiran bukanlah satu bidang yang dipandang sebagai kelas kedua. Malah bidang kemahiran ni merupakan bidang yang sangat penting dalam konteks Negara kita sekarang. Perhatikanlah kat luar sana berapa ramai graduate dlm akedemik masih lagi menganggur dan ada diantara mereka amat sedikit penguasaan dalam bidang kemahiran tak kira lah sama ada hard skill or soft skill.

Tp saya nak tegaskan bahwa, kemahiran semata2 pon tak boleh jugak, u all kena seimbangkan sedikit dengan pengetahuan teori, Sbb itulah di ILP ni, u all semua akan diajar toeri dan amali dalam nisbah yang optimum mengikut level masing2. kalau level 2, mestilah u all lebih banyak buat kerja2 amali iaitu 70% amali dan 30% teori, tapi bila u all belajar masuk tahap 3,4 dan seterusnya. Peratusan teori akan meningkat sbb bila dah tahap 3 keatas, u all akan didedahkan dengan kerja2 penyeliaan dan pengurusan. So, benda2 ni memerlukan u all berfikir secara kreatif untuk menyelesaikan masalah dan mencapai objektif kerja u all.

Last week saya ada menonton satu forum kat tv1 tentang aliran kemahiran dan aliran akedemik. Aliran kemahiran biasa nya orng lebih faham ia adalah kerja2 teknikal dan aliran akedemik lebih dianggap sebagai professional. Panel dalam forum ni terdiri daripada org2 dalam bidang kemahiran dan teknikal dan di hoskan oleh Dr. Fazley, mesti u all kenal kan Dr. Fazley ni, lagi2 student ppuan, yang hensem2 tu.

Dalam forum tu, sorang bakal arkitek dari uitm, dia ni salah seorang panel lah, menegaskan bahwa akedemik lagi penting dari kemahiran, dalam kontek pembinaan bangunan, mestilah pelan disiapkan terlebih dahulu sebelum bagunanan dibangnkan. Demikian lah tegas beliau. Kalau kita tengok hujah beliau, mmg betullah lah kalu kita nak dirikan sasuatu bangunan ataupun nak buat enjin turbo sekalipon, mesti lah ada pelan or paper dulukan. Tp pernahkan beliau terfikir, walaupun pelan dah siap. Kalau takde org yang berkemahiran yang nak bina bangunan tu, boleh siap ke bangunan tu?, Pelan dah siap tapi takde skill worker nak bina. So, tak mencapai la target untuk bina bangunan tu. U all fikir la sendiri yer..

Sebenarnya mana2 aliran/bidng pon penting, macam u all ni dah masuk dalam bidang kemahiran, so kena lah kuasai betul2, tak kira lah sama ada soft skill or hard skill, kena kuasai betul2. baru lah u all akan berbeza dengan org yang takdak ilmu. Penat lelah parent u all hantar u all kat sini akan berbaloi2. So petang ni kena pastikan semua assignment siap and dah ada kat atas meja saya before 3.30pm. Ketua n Penolong ketua, awak pastikan semua pelajar buat kerja and jangan merayau waktu kelas. Saya ada kat opis pengajar tulis blog.. ha ha ha..

Wednesday, October 28, 2009

Dip conversion.

Smalam lepas dapat pelepasan from my boss, Hamba dengan boost kira 0.7 bar terus bergegas ke kenderaan angguk-angguk geleng-geleng untuk menghala ke Kota yang penuh dewa dewi. Terpaksalah kesana walaupon takut gak kot2 di gong-gong oleh merekain.

Perjalanan dengan kenderaan marhain ini memakan masa hampir 7200 saat dengan kelajuan angin, kadangkala pak pamandu naik syeikh tekan pedal sampai 1.00 bar.. perg.. sandar kat seat adjustable tu.. Sempat dak menyimpang kt umah tuk' ali jap anta kotak gergasi..

Sesampai nyer di kaunter dewa-dewi, permohonan hamba ditolak mentah2 dek tersalah mengeja nama Chief Dewa-dewi, maka setelah dengan khusuk nya hamba mendengar penjelasan dan pembebelan dr merekain. Hamba diarah ke Kota Keriangan untuk amend nama Chief tersebut..

Perut berroncong, kaki ber'jazz', mata berdandut, perut pon dah nak ber'be rocks' dek lama menunggu urusan di kota keriangan nih. Badan berkanun pon lembab gak.. huhu..

Dipendekkan, last2 permohonan diterima setelah hamba menggunakan kaedah Yakuza Lord..

Monday, June 29, 2009

Very hectic day

Lepas jer cuti seminggu, have to face back real world, yatta (taken from heroes series)
Tgk meja dah sepah, tak sempat nak berkemas, kena lak attend jap course level 4 and level 5 jap. Pastu curi2 kuar.

Pastu dapat pulak sms nak kena hantar SPC hari ni, so bergegas pulak ke bengkel tgk suma course work n final exam student dah bertanda ka blom.. Rupa-rupanya blom berusik lagi. Arghhhhh....

Hecticnyer, lepas tu kena jumpa tuan director pulak sbb nak mintak student praktikal 2 org. Nak kena buat kena ikut ISO. ISO is kertas, n kertas is ISO.

Tp aper yang bestnyerr hari ni.. sempat lagi g lunch kat Marrybrown ngan wife terchenta n g basuh keta... Very hectic... melelahkan...

Gambar Pilihan Hari Ni,
Wedding Suhana

Monday, June 22, 2009

Cuti Semingggu


Uncle Shahrul di hari pertama bersama Persona nyer..


Perghhh... panjang cuti seminggu tu. Actually nak buat preparation untuk coming exam. hehee. Exam untuk orang tua-tua yang tak berapa rajin masa muda-muda. Bila umur dah mendaki baru la rasa betapa penting nyer sijil. Ilmu pon penting, but org sekarang kebanyakan nyer lebih suka tgk sijil. Even nak cari menantu pon.. Maybeeee... So.. mana lebih worth.. Ilmu??? Sijil??? Pengalaman??? Kena pikir sendiri arr tu..

So, this is Ist day dok umah, nak kata aku study pon tak jugak. Macam jadi blank pulak bila tgk formula-formula yang mengkremkan kepala otak. I wonder why, dulu masa skolah benda ni rasa cam at my finger tips jer.. but now, everything has change.. Lot more thing change.. Tgk formula, theory n something like that. Kepala cam susah nak terima plak. Jenuh nak mengasimilasikan suma nih. Nak paksa diri takut jadi Crazy plak..huhuuu

Then, masa terluang ni la aku ambik utk tulis blog, n hari ni aku login facebook.. hehee Jumpa site kawan2 lama masa sekulah. Derang suma dah berjaya and have their own life. Like i said before, time's change everything, memories still remain. Even it's hard, terpulang kepada kita untuk menilainya. Kalu pandang -ve, kita pon jadi negatif ar.. kalu pandang +ve, that's what we want it. Kesimpulannya, Hukum Newton pertama ada kebenarannya tetapi Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, kecuali mereka sendiri yang berusaha untuk mengubahnya.

Hr ni jugak sempat borak2 ngan one of my former classmate kat SMSS, Chenn, she's happy now with mix hubby and 2 kids. Really miss bebudak kelas Budi 96. Aku rasa suma bebudak ni dah berjaya and have their own life, so do I.

Esok start exam. Nak membaca arr sket.............................................................................................................................................................................................................................................................

Monday, June 08, 2009

Adakah comfort zone akan menjelma?

Sekadar Gambar Hiasan

Kek hari jadi




Setelah beberapa purnama diarah oleh memanda Dato' Bendahara ke domain yang begitu 'not worth it' tapi kadang-kadang 'more than worth it'. patik begitu tak cukup kaki tangan peha betis untuk menangkis segala serangan dan panahan musuh-musuh negara terchenta.

Perubahan ketara dapat dirasai kerana pengurusan perubahan merupakan satu subjek dan objek yang sukar untuk ditelan secara lolos untuk makhluk bernama insan. Tambah lagi patik yang tidak begitu kuat aura untuk mempertahankan diri. Namun bukanlah tahap dirundung malang.

Pertemuan projek ini yang terakhir mungkin bakal diadakan diseberang laut, adakah mampu bagi patik mengharungi lautan yang penuh bergelora pula. Apa yang patik harapkan sang geruda atau wau bulan mengiringi patik bagi maksud pertemuan terakhir itu.

Apa yang patik harapkan, zon senang akan kembali ke pangkuan patik semula, walaupun patik tahu ianya PASTI sementara, namun yang pasti ianya sungguh sangat bermakna. Kembalilah wahai zon senang.

Laku sembah...

Monday, May 11, 2009

Balik kampung

Cerita yang cliché namum sedap jugak kalu diulang-ulang, mana tak nyer.. Balik kampung besssss... hehee. Gini lah nasib orang merantau, mancari rezeki sesuap nasi untuk menyara keluarga terchenta..
Sebut je balik kampung, terus melayang kat kepala sotong celup tepung, ikan fresh n budu.. hehe (aku makan budu ke..huh..), lecah air luir dah ni.. Tp makan2 tu aktiviti sampingan jer.. Main thrust is, jumpa ngan parent arr.. rinduism..

2 hari sblm balik, mama dah siap2 ambik cuti utk wat persiapan, huh lama gak cuti tu, sib baik bos dia kasi cuti. Aku plak ada event kat sheraton subang sehari sblm balik.. mmg penat arr but balik kampung punya pasai... semangat terus berkobar-kobar.. kalu nak balik malam pon takperr.. tapi tak berani ar plak nak drive mlm.. Melawan fitrah tu.. mlm is time utk rehat, beribadat.

Balik kampung kali ni konvoi ngan adik ha, hubby n baby shafi, Adik Mat plak satu kereta ngan hamster nyer.. Comel2 belaka hamster Mat. Bertolak dalam pukul 9.00 pagi n sampai kat terengganu lebih kurang kol 4 ptg. Kira ok lah tu sbb sblm ni kalu balik musim perayaan, mmg sampai mlm la kat atas jalan.

Then, 4 hari kat kampung, dah tunaikan semua hajat kat kedai sotong n ikan celup tepung, bekal kopok lekor n kopok keping, aku balik ke Melaka ngan keadaan penat tp best.. Rasa macam bulan depan nak balik lagi sekali jer.. heheee...

Wednesday, February 25, 2009

A n D n Katil n Gap

A n D stands for Afiq and Danish
Hari ni dah masuk hari ke3 Danish berak2.
Punggung dia pon dah merah-merah
Ada gak bahagian yang dah melecet
Siannyer kat dia, tp kata orang nak besar kena la lalu macam2
Mebbe aku kecik2 dulu pon penah kena camni jugak.



2,3 hari Lepas AnD buat surprise kat
surprise apenyer.. buat aku terkujat sampai bertakbir...
Mula-mula tu si Danish ni (umo dlm 6 bulan)
Dah pandai guling2 n merangkak.
Main langsir kat tepi katil tu.
Katil plak ada gap(ruang) dengan dinding, so muat2 budak masuk kat situ..
Aku masa tu tgh buat kijer kat luar tetiba dgr dia nangis..
AKu tgh wat kijer kat depan umah, mama plak kat dapor..
Aku ingatkan nangis biasa tp rupanya2 kepala dia dah masuk kat gap(ruang) antara katil ngan dinding tu..
Apalagi, aku bertakbir n melompat terus tuk selamatkan dia...
aku rapatkan gap tu.. takmo pisang berbuah 2 kali..
Nasib baik takde apa2 kat dia..




Mlm tu giliran afiq plak wat surprise..
Aku, mama n danish tdo atas katil
afiq plak aku beli tilam untuk tdo kat bawah.
Dia kena tdo bawah sbb dia tdo buas..
Dlm kol 2.30pagi, aku macam tdgr ada budak nangis bawah katil
aku terus terkujat ingatkan danish jatuh katil lagi.
aku terus bukak lampu n tgk bawah katil
rupanya si Afiq dah bergolek masuk sampai tgh2 katil
kat bawah tu tak kena kipas, so dia terjaga sbb kepanasan.
Aku n mama instruct dia suruh keluar dr bawah katil tu..
tp mana la budak bawah 2 tahun nak faham..
Afiq tersekat bawah tu, masa masuk mebbe dia golek2an badan
tp bila nak kuar dia terus nak bangun,
so kepala terhantuk n tersekat kat bawah tu.. jam 2 pagi plak tu..
so aku n mama sekuat tenaga tarik katil tu n keluarkan afiq ikut gap antara dinding n katil..
Fuh.. dah berpeluh-peluh si Afiq ni...
Padahal aku dah letak bantal utk elakkan afiq dr masuk bawah katil..
Tak tau la camana leh masuk jugak..

Itu lah cerita A n D n K n G..............




My Son.. U're my life... Mama too...

Thursday, February 19, 2009

I'm back on track

Selepas beberapa ketika aku tersasar dari menulis blog, kini aku kembali dengan harapan baru agar penulisan ini dapat diteruskan higgalah aku menemui titik noktah yang sebenarnya. Aku tersasar bukan kerana keinginan nafsuku sendiri namum ada petualang yang terus menerus menekan aku supaya aku terhenti dari mencapai diari ini seterusnya meluahkan rasa hati yang kadangnya aku sendiri tidak mengerti...

Petualang itu merupakan satu unit yang sentiasa menutupi dan menapisi laluan untuk ke dunia luar, mungkin mereka dapat mengesan salah satu hobiku adalah melayari laman ini lantas ditapisnya, ditutupin nya dan diberikan masa yang singkat untuk aku memerhati, membaca dan mencerna apa yang ada dilaman ini, laman kawan-kawan dan sanak saudara.

Kini semuanya berakhir, minggu ini merupakan minggu pertama aku ditukarkan ke unit petualang ini. Surat bersampul putih di pigeon hole aku merubah segalanya. Rupanya, aku menerima amanat dari ketua cif untuk menerajui unit petualang ini. Walaupun pada dasarnya aku tidak layak untuk ini. Tapi Aku hanya mampu menurut perintah. Adakah berbaloi semua ini.

Minggu ini, aku blom berbuat apa-apa lagi disini, cuma menghadiri beberapa 'pertemuan' dan merangka perancangan strategi yang akan disemak oleh ketua cif nanti. Tapi itu semua bukan perkara utama bagi aku lagi. Di kotak fikiran ku tertanya - tanya, perlukan aku manapisi diriku sendiri, menutupi capaian ku sendiri ataupun memberikan masa yang singkat pada diriku sendiri.

Sekian