Showing posts with label Work. Show all posts
Showing posts with label Work. Show all posts

Wednesday, July 20, 2011

Kursus “Linux Operating System (Security)”

TAWARAN KURSUS LATIHAN 1 MALAYSIA

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara tersebut di atas.

1.            Sukacita dimaklumkan bahawa tuan / puan ditawarkan untuk menyertai kursus latihan 1 Malaysia SECARA PERCUMA yang dianjurkan oleh Institut Latihan Perindustrian Selandar, Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia pada tarikh dan ketentuan di bawah :

Nama Program   : Linux Operating System (Security)
Tarikh              : 6 , 7 , 13 & 14 Ogos 2011
Masa               : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat            : ILP Selandar, Lot 1468, Jalan Btg Melaka, Selandar, Melaka

2.            Kursus ini merupakan kursus separuh masa di mana pengangkutan bas dan makan minum TIDAK disediakan. Kerjasama tuan/puan adalah dipohon untuk mengesahkan kehadiran melalui talian telefon En. Mohd Noorlizam Bin Md Ali (06-5251218) atau Pn. Zuraifah Binti Zaini (06-5251508) atau melalui faksimili di talian 06-5251255 untuk tindakan selanjutnya.    

3.    Bole email terus kepada nmfairus@ilpselandar.gov.my atau 1malaysia@ilpselandar.gov.my untuk pendaftaran


Agenda Kursus “Linux Operating System (Security 1)”

Tarikh
Hari
Agenda
Masa
6 Ogos 11
Sabtu
Introduction to Linux Security and Ethical Hacking
Hacking Laws
Lab Session
8.00am – 9.30am
Minum Pagi
9.30am – 10.00am
Footprinting
Enumeration
Lab Session
10.00am – 12.30pm
Makan Tengahari
12.30pm – 2.00pm
DNS zone transfer
Installing Backdoor - Netcat
Lab session
2.00pm – 5.00pm


7 Ogos 11
Ahad
Google hacking technique
Scanning Host and Network
Lab Session
8.00am – 9.30am
Minum Pagi
9.30am – 10.00am
System Hacking
IIS Buffer Overflow
Lab session
10.00am – 12.30pm
Makan Tengahari
12.30pm – 2.00pm
Web Application Vulnerabilities
Client Side Hacking
Adobe Reader Trojan
Lab Session
2.00pm – 5.00pm


Agenda Kursus “Linux Operating System (Security 2)”

Tarikh
Hari
Agenda
Masa
13 Ogos 11
Sabtu
Introduction to Metasploit Framework
Seeding Key-logger
Lab session
8.00am – 9.30am
Minum Pagi
9.30am – 10.00am
Cracking Hashdump
Escalating Privilages
Hacking Linux tomcat server
Lab session
10.00am – 12.30pm
Makan Tengahari
12.30pm – 2.00pm
SQL Injection technique
Blind SQL Injection
Lab session
2.00pm – 5.00pm


14 Ogos 11
Ahad
IIS Unicode hacking
Phishing Technique
Sniffing
Lab Session
8.00am – 9.30am
Minum Pagi
9.30am – 10.00am
Wireless hacking
WEP Cracking
WPA2 Cracking
Lab Session
10.00am – 12.30pm
Makan Tengahari
12.30pm – 2.00pm
Python Programming Language
Create Buffer Overflow exploit
Lab Session
2.00pm – 5.00pm

Wednesday, July 13, 2011

Myskills 2011

Alhamdulillah, akhirnya tamat sudah myskills 2011, tahun ni takdak apa2 pingat yang dpt diusung, cuma sijil kecermerlangan ada dalam genggaman, not least, rm500.. hehe bole la wat tambah-tambah perbelanjaan yg makin meruncing ni..

Secara keseluruhannya untuk trade 39 ni - IT Network System Administration, tahun ni more kepada CIsco netwoking.. Cuma format lari sket dari tahun-tahun lepas dimana markah untuk day2 digabingjalin dengan markah utk day 3.

Utk day 1, mostly windows server environment, utk day 1 ni, aku fail utk mengupkan RADIUs server utk wireless authentication.. lain-lain task dapat disiapkan, virtualization(linux debian) tak ni pon tak berapa nak habis..

Day2, ni dah start masuk Cisco dah, tp day2 rasa nya paling banyak aku accomplish task.. Cisco VLAN, routing.. Linux server, windows clien dah banyak lagi la servis-servis lain kena install.. Cacti pon ader.. accomplish..

Day3 paling menyanyat hati, WAN conf, inter VLAN, yang ni aku fail.. Kat tempat aku nak training pon susah, device takder..

Anyway, Myskills pon dah abes, tahun depan cuba lagi...

Thursday, June 30, 2011

Myskills kembali lagi…

Utk tahun ni, skali lagi lagu masuk utk bidang IT/PC Betwork, setelah kecundang dalam bidang IT/Application tahun lepas.. Harap-harap ada la rejeki sket utk tahun ni.. dapat sket pon Alhamdulillah..

Dari persiapan plak, ada la buat sket2… Tak bole nak concentrate sgt sbb macam keja lain pulak kena buat, ada miting la, maintenance PC la, rangkaian turun kebawah la.. So buat je la mana yang boleh.. Yang penting segala AVA tu kena ada.. adios…

Wednesday, October 20, 2010

Pendidikan Kemahiran

Saya begitu tertarik apabila salah seorang dari pelajar saya mengatakan bahawa sistem pendidikan di negara ni sudah tidakmemberi peluang kepada mereka, sejauh mana kebenarannya?. Bila saya fikir kembali, sistem pendidikan di negara kita ni lebih kepada bertumpukan peperiksaan atau berorientasikan peperiksaan, dimana setiap pelajar akan dinilai berdasarkan keputusan peperiksaan yang mereka perolehi.

Apabila kita sebut peperiksaan, maka dengan mudah kita boleh mengagak gender mana yang akan mendahului. Mungkin tak semua orang berpendapat seperti saya, namun kebenarannya, dapat kita lihat dimana semua IPT di negara kita dimonopoli oleh pelajar wanita. So, mana perginya pelajar-pelajar lelaki ni. Kemana menghilang, sudah dimakan garuda kah?? Serenti?? Disebalik tirai besi kah??, ini merupakan pandangan sekilas yang skeptikal.

Tapi bila kita siasat balik, rupa-rupannya pelajar lelaki lebih mudah dijumpai di pusat-pusat latihan kemahiran, Allah itu maha adil, dia menjadikan manusia itu dalam kepelbagaian. Tak semua makhluk ciptaan nya mempunyai keupayaan dalam akedemik, dan Allah juga menjadikan sesuatu makhluknya itu sangat berbakat dalam kemahiran dan kerja tangan walaupun mempunyai keupayaan akedemik yang terbatas.

Bebalik kepada sistem pendidikan kita tadi, saya berpendapatan bahwa kita mestilah mempunyai sistem pendidikan yang memberikan ruang dan peluang kepada pelajar-pelajar yang berbakat kemahiran ini. Kita mesti mempunyai kaedah khas untuk menilai mereka untuk membolehkan mereka juga dapat menggapai ke menara gading. Satu kaedah penilaian secara berterusan mestilah diadakan bagi mengelakkan bakat-bakat mereka terlepas begitu saja, nagara sangat memerlukan bakat mereka.

Adalah menjadi harapan saya, suatu hari nanti, pendidikan kemahiran dan akedemik akan selari bersama-sama dalam arus perdana perdidikan negara kita. Buangkan jauh-jauh persepsi yang menganggap bahawa pendidikan kemahiran itu sbg pilihan terakhir atau 'second echelon'.

Ini merupakan pandangan peribadi saja sempena Melaka Maju 2010, harap2 saya menang cabutan bertuah sebuah rumah. Amin...

Monday, July 26, 2010

Senjata

Hari ni da start blatih posa utk sambut ramadhan yang bakal menjelma tak lama nanti,
Karang takde la terkejut sgt badan bila dah sampai bulan posa nanti.
tapi spoil jugak sbb pepagi ni dah kurus pahla posa sbb membebel kat sorang student yang tak berapa bernasib baik kot.. hehe tak pasal2 kena syarah..

Student ni rasanya yang baru enroll, sbb tgk muka macam nerd lagi, sem 3 nanti berubah la muka tu, ganas sket.. Dengan selamba nyer student ni dtg jumpa n pinjam pena sambil anak matanya merngerling kearah pen yang terletak dalam poket baju aku. Dalam hati aku terfikir mungkin student ini nak guna just utk isi borang or nak catat barang sepatah dua patah perkataan jer, tp sempat juga aku tanyakan kenapa tak bawak pen sendiri, jawapan yang diterima "pen saya tertinggal kat kelas". Aku pon bagi la, bukannyer surut pon dakwat.

dekat 15 minit aku peratikan saja student tu, aku tengok dia bukannya nak isi borang or just nak catat aper2, tp pinjam utk buat nota yang dibacanya dari sebuah buku rujukan. ini bermakna student tu tak membuat persediaan sblm datang ke kelas, datang dengan semata mengharapkan semua benda disediakan tanpa perlu usaha sendiri. bagi aku, sikap macam ni menunjukkan tidak ada kesungguhan untuk menuntut ilmu.

Aku pon dengan penuh hikmah approach budah tersebut dan bermulalah sesi menguruskan pahala posa, tp takder la tension sgt, takut naik tekanan darah pulak, kesihatan harus dijaga.. :-)

Intipati syarahan kat student tadi, "U datang belajar ni ibarat U nak pegi berperang, kalu U pegi belajar tak bawak kelengkapan belajar ni ibarat U pegi berperang tanpa bawak senjata. pasti U tersungkur/tewas dengan mudah. U tiada inisiatif sendiri utk menang."
Tribute to CC's, bersara tak lama lagi, thanks.

Monday, May 10, 2010

Kerjo semula…

Selepas 2 minggu berkurus.. Opss.. berkursus. Hari ni mula menjejok kan kaki ke Opis yang amat dirindui.. heheh.. Tgk mejo dah bersepoh-sepoh, memo2 penuh atas mejo, dalam pigeon hole pon berlambok-lambok.. Banyok sungguh surat chento..

Dalam masa 2 minggu ni, dua kursus telah aku attend, first week kursus fotografi dan adobe photoshop. Second week plok aku g kursus preparation untuk MySkills Asean. Haa.. 2 benda yang sgt jauh berbeza.. Paling bess kursus kamera digital SLR lah.. Walaupon aku takdok kamera jenih ni.. Tp teknik2 yang dipelajari boleh la jugok aku apply kat kamera kompak org ghumoh yg telah banyok berjasa merakamkan pelbagai event sepanjang ia berkhidmat.

Utk kursus persediaan MySkills Asean pulok, aku rasa macam kalu aku tok pegi pon ok kot.. Sbb belajar bendo-bendo yang aku boleh carik sendiri, Cuma maso hari terkhir jah best sket. En. Halim ILP Ledang menunjukkan seni persilatan yang mantap dengan CISCO IOS. Tp tu pon tak dapt physical hardware, main virtualization jah… Bole laaa…
Untuk debian pulok, belajar setakat nok up service jah, pastu utk Win server 2008, ajar kungfu simple jah.. Tp yang best nyer instructor taknak cakap dalam bahso ibunda pon walau mostly peserta nok sebut dalm English pon tergagap2.. Ganah2… Skeping Londing tuh.. Org kalu nok skeping pon, tgk audien dulu la.. kan tok pasal deme sore je pahang…hehe

Kursus Adobe Photoshop pon mmg best, agaknyer sbb jiwo aku ni suko bendo2 berseni.. hehe budok sastera ni dulu walaupon skoloh sains.. hehee pelik dok.. Aku dah aplokasi doh apo yang aku dapat dari kursus ni dengan mentouch up muko aku sendiri, pastu muka org ghumoh pulok… licin muko aku dibuatnyer..

Ok sambung wat kijo…

Monday, March 15, 2010

Tingkat kualiti tenaga mahir

excerpt from Hmetro

PETALING JAYA: Kementerian Sumber Manusia akan mengkaji semula Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan untuk mengadakan kursus latihan kemahiran hingga ke peringkat tertinggi bagi meningkatkan kualiti tenaga mahir tempatan.
Timbalan Menterinya, Datuk Maznah Mazlan, berkata setakat ini peringkat tertinggi kursus adalah hingga tahap 4 (setaraf diploma) dan 5 (diploma lanjutan) dan akan dilanjutkan hingga tahap 8 (kedoktoran). “Manakala untuk kursus latihan tahap 6 adalah setaraf Ijazah Sarjana Muda dan tahap 7 setaraf ijazah sarjana malah usaha ini akan memberi peluang kepada rakyat untuk menikmati skim gaji yang sama walaupun dalam bidang kemahiran.
“Kursus latihan kemahiran itu selaras hasrat kementerian untuk meningkatkan kualiti latihan kemahiran sekali gus menjana tenaga mahir yang berpendapatan tinggi,” katanya pada sidang media selepas merasmikan pameran kerjaya Jom Cari Kerja di Kota Damansara, di sini, semalam.

Monday, March 08, 2010

Nak buat ape yek hr ni..

Nak buat ape yek hr ni..

Hari ni Monday blues

Staf sorang g kursus, sorang lagi EL

Esok nak kena g kuala Langat,

Kereta suspension ada bunyi kriookk, kriookkk..

Esok peksa kat K. Langat tak study langsung

Malas nak study sbb banyak sgt kena study..

Nak kuar g makan jauh kan takut tutup plak opis, takdak org

Nasib baik ada student praktikal, leh suruh jaga kaunter.

Kar library pon tak ramai student hari ni.. bagusss.. haha

Mmg terasa sangat kemalasannya..

Pepagi lagi dah kena panggil ngan tuan director..

Rupanya nak tanya pasal Office 2007.

Tgh hari macam nak balik rumah, tak takdak sesiapa kat umah.. tak jadi balik..

Buat lah mana kijer yg patut..

Jangan kosong terus..

Jgn biarkan sense of laziness menguasai diri..




Tuesday, March 02, 2010

Program Keciciran Pelajar.



What da hell is that, sound nice… That was latest program introduced by ministry. Program kalu ikutkan macam x berjaya sbb daripada 80 surat tawaran yang dikeluarkan, hanya 9 pelajar saja yang enrolled sehingga hari ni. Tak sampai 10% pon yang  inat nak sertai program ni. Tp memandangkan enrolment telah dibuat, program latihan untuk diorang pon mestilah berjalan seperti biasa.
Bahagian Teknologi Perisian (Multimedia) telah diberi kepercayaan untuk melaksanakan program latihan mereka sepanjang 1 tahun 9 bulan… Tahniah.. Hari ni dah nampak kelibat new student ni kat area Perpustaakan dan nampaknya mebbe diorang dah start kena buat assignment. Maklum la nak catch up student lain yang dah belajar 3 bulan.
Tp kalu ikutkan pandangan peribadi aku, rasa mmg berat untuk tenaga pengajar diorang ni.. Dah la terlewat 3 bulan, mostly rata2 student yang baru ni cukup2 makan jer sijil peksa. Parah tu nak ajar Perisian Multimedia, kalu ketukangan lain mebbe bole cerita lagi la.. Tapi bak kata orang tua2.. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul, so selamat berusaha la cikgu-cikgi multimedia yer.. Sy tumpang gumbira jer..

Monday, March 01, 2010

SKT

Sementara wat finalize SKT ni, sempat jugak conteng blog ni sket. Nway jap lagi dalam pukul 9.00pg nak kena g present SKT unit kat Tuan Pengarah, SKT ni buat pon base pada SKT taun lepas Cuma touch up sket2 bagi Nampak cantik sket. Minggu lepas pon dah discuss dengan KJ n ada lah beberapa amendment kena buat. So skrg ni tgh buat amendment tu lah.


Okeh, sambung kerja…

Ps: SKT terunggak, bln 3 br present

Thursday, February 25, 2010

Kursus IT Application for MySkills 2010



Alhamdulillah tamat sudah kursus IT Application for MySkills 2010 anjuran ILP Kuala Langat, Banting. Terima kasih kepada pihak urusetia yang menganjurkan kursus ini. Mmg banyak maklumat yang diperolehi disamping memberikan pendedahan apakah ‘requirement’ yang perlu sebelum menghadiri peringkat kedua kelayakan Myskills 2010.

Jutaan terima kasih kepada 2 orang tenaga pengajar yang begitu komited melatih kami iaitu Puan Azlin dr ILP K Langat dan Puan Azua dari ADTEC Shah Alam. Terima kasih kerana bertungkus lumus melatih kami yang rata-rata pertama kali mengambil bahagian dalam bidang ini. Berkat kesabaran Puan-Puan,banyak ilmu baru yang kami serap. InsyaAllah ilmu yang kami perolehi ini kami akan sampaikan pula kepada anak didik kami.

Kepada rakan-rakan seperjuangan dalam kursus ini, telah banyak saya telah pelajari dari tuan-puan, bukan saja ilmu IT Application, malah ilmu psikologi pon ada. Kepada semua peserta MySkills 2010 untuk bidang IT Application, saya ucapkan selamat maju jaya. Semoga kita semua layak ke peringkat seterusnya. Amin…

Wednesday, February 10, 2010

Kerana ½ jam.

Bahagian kewangan yang begitu plastic hari ini sengaja call aku sbb nak downkan semangat aku nak kerja dengan penuh dedikasi. Bak macam dalam iklan Wimax, Potong, potong, potong jela.. Tak payah nak call2 bagitau sbb yang remeh sbb nak potong aku punya claim.

Ape diorang ingat aku kena g buat kijer outstation tu sbb saje2 ke, kadang2 tu mmg ada jugak melencung, tp kali ni aku tak melencung, aku sudah insaf. Nak potong kilometer la, nak potong masa perjalanan la, ape diorang ingat aku dapat untung 100% ka kalu buat claim. Kalu perangai diorang macam ni, pasni ramai ar staf malas g meeting, kijer outstation. Baik duduk umah main ngan anak2, isteri.

Aku tak kisah sgt diorang nak potong, tp just cut if off. Tak payah call2 bagi penjelasan, aku dah jemu dgr penjelasan. Aku mahukan wang.. Oppsss, aku mahukan kebenaran, ketelusan dan keikhlasan dalam menjalankan kijer. Kalu bos korang, musti cepat jerk an korang buat. Takdak potong potong, ntah2 siap tambah lagi.. Huhhh Aku bersikap prejudis skrg.

Monday, February 08, 2010

Borak-borak kedai kopi

Kalai : Aku ada satu bisnes baru, mmg banyak bole buat duit la.. It’s MLM. But kalu nak masuk ni nak kena modal besar jugak. RM40k, tp aku dah tgk salah sorang peserta skim ni, mmg dia sudah dapat income yang berlipat kali ganda laaa..

Pak Bib : Kalai, kita kerja ni kena la sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada, kalau kita buat kerja luar, nanti prestasi kerja hakiki kita pon mesti ada efek jugak kan. Lagipon cari-cari duit lebih pon, kita akan sentiasa tak cukup selagi kita tak ubah gaya hidup kita.

Kalai
: Betul tu Pak Bib, tapi dalam kontek kije kerajaan ni, katakan la helmi rajin buat kerja, hari-hari datang kerja, buat kerja sungguh-sungguh, sedang kan saya plak datang kija hari-hari juga.. tapi main facebook, layan youtube.. Tgk akhir bulan nanti, sama juga dapat gaji sama.. Cukup masa naik pangkat jugak.. Tp kalu swasta lain la, sapa tak perform takkan naik punya..

Helmi : Pada pendapat aku la, kita kerja luar tu takpa, tp jangan menyusahkan org lain, Kalau kau masuk MLM ni, kalu kau dapat untung, mesti ada orang lain yang akan rugi nyerrr.. Benda ni berlayer-layer.. kalu kau layer yang atas tak per lah.. Tapi kalu ko layer bawah-bawah.. mana lagi mau cari org..

Kalai : Mmg la mie, tp kita ni, kadang kala tu mau juga g bercuti, duduk hotel 5 stars. Kalau harapkan gaji kijer kerajaan ni mmg sampai bila-bila pon takkan cukup. Mesti mau buat kijer luar punya..

Moral of the story, Setiap org ada pendapat masing-masing tentang kerja. Anda sendiri yang menilaikannya.

Cerita ini adalah rekaan semata2..
Adios….

Thursday, February 04, 2010

MySkills2010

Dear Diari,

As u know, selasa lepas nyaris aku demam. Seluruh badan dah sengal-sengal sbb dekat 5 jam kena torture dengan van marhain jabatan. Ni suma sbb nak balik ikut jalan short cut lan kununnya, tp jd long vut la plak.

Dear Diari,

Masa aku g Myskill10 kat ILP Kuala Langat tu, aku tak study langsung pon, kau tau tak diari, aku tembak lebih separuh daripada jawapan tu, dah la aku ambik bidang lain kali ni, kununnya nak try bidang baru. Terkulat-kualt aku tgk soklan dia.. Tp aku teruskan jua.

Dear Diari,

Walaupun namanya pergi Myskills tu kerja rasmi, tp aku rasa kali ni macam g kijer santai jer, dah la tak study, on the way plak tu siap singgah PD melantak, tgk pantai..

Dear Diari,

masa aku tulis post ni, jap lagi result sapa layak ke second phase nak kuar dah, rumors yg aku dgr la, mebbe suma org layak.. tp kalu pikir logik, ade ker pertandingan suma org adalah pemenang. Logik jugak kot.

Dear Diari,

Jumpa lagi, aku banyak kijer lagi..
minggu depan aku cuti balik trg..
adios

Friday, December 04, 2009

Final Exam 2/2209

Dear Diari..

Minggu depan dan start final exam untuk student. Mmg banyak betul benda nak kena buat sampai sesak jugak kepala otak ni.. Semua coursework pelajar nak kena update kat dalam system online E-JPK, Kena isi SPC, sign RPK, Check Portfolio Student. Dah lepas exam plak nanti, nak kena marking paper plak.. kalu ada yang fail nak kena retest plak.. Camana nak memotivasikan diri nih..

Ok lah .. Work.. Work.. Work…. Berkhidmat utk Negara..



Cuti-cuti malaysia : Menara Taming Sari Melaka