excerpt from Hmetro
PETALING JAYA: Kementerian Sumber Manusia akan mengkaji semula Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan untuk mengadakan kursus latihan kemahiran hingga ke peringkat tertinggi bagi meningkatkan kualiti tenaga mahir tempatan.
Timbalan Menterinya, Datuk Maznah Mazlan, berkata setakat ini peringkat tertinggi kursus adalah hingga tahap 4 (setaraf diploma) dan 5 (diploma lanjutan) dan akan dilanjutkan hingga tahap 8 (kedoktoran). “Manakala untuk kursus latihan tahap 6 adalah setaraf Ijazah Sarjana Muda dan tahap 7 setaraf ijazah sarjana malah usaha ini akan memberi peluang kepada rakyat untuk menikmati skim gaji yang sama walaupun dalam bidang kemahiran.
“Kursus latihan kemahiran itu selaras hasrat kementerian untuk meningkatkan kualiti latihan kemahiran sekali gus menjana tenaga mahir yang berpendapatan tinggi,” katanya pada sidang media selepas merasmikan pameran kerjaya Jom Cari Kerja di Kota Damansara, di sini, semalam.
No comments:
Post a Comment