Monday, June 08, 2009

Adakah comfort zone akan menjelma?

Sekadar Gambar Hiasan

Kek hari jadi




Setelah beberapa purnama diarah oleh memanda Dato' Bendahara ke domain yang begitu 'not worth it' tapi kadang-kadang 'more than worth it'. patik begitu tak cukup kaki tangan peha betis untuk menangkis segala serangan dan panahan musuh-musuh negara terchenta.

Perubahan ketara dapat dirasai kerana pengurusan perubahan merupakan satu subjek dan objek yang sukar untuk ditelan secara lolos untuk makhluk bernama insan. Tambah lagi patik yang tidak begitu kuat aura untuk mempertahankan diri. Namun bukanlah tahap dirundung malang.

Pertemuan projek ini yang terakhir mungkin bakal diadakan diseberang laut, adakah mampu bagi patik mengharungi lautan yang penuh bergelora pula. Apa yang patik harapkan sang geruda atau wau bulan mengiringi patik bagi maksud pertemuan terakhir itu.

Apa yang patik harapkan, zon senang akan kembali ke pangkuan patik semula, walaupun patik tahu ianya PASTI sementara, namun yang pasti ianya sungguh sangat bermakna. Kembalilah wahai zon senang.

Laku sembah...

No comments: