Tuesday, August 19, 2008

Welcome to my life



So many thing happen last week, a lot of joyful and some of pain too. But forgot the pain.. huhuu… Selamat datang kepada ahli terbaru keluarga aku, Nik Mohd Danish. Tanggal 7/8/2008, Isteri tercinta selamat melahirkan seorang lagi putera penyeri rumahtangga. Selepas hampir 4 jam bergelut dalam bilik bersalin. Aku dimaklumkan isteri selamat melahirkan putera kami pada jam 12.45 tgh hari. Bayi comel yang seberat 3.05 kg itu lantas ku azan dan iqamah kan ke kedua-dua belah telinga nya.

This time, isteri bersalin tanpa peneman disisi, peraturan di Hospital Melaka menetapkan hanya mereka yang telah mengikuti Kursus Peneman Bersalin sahaja dibernarkan untuk menjadi peneman isteri didalam kamar itu. Ini membuatkan aku semakin tertanya-tanya apakah keadaan sebenar isteri dalam kamar bersalin tersebut.

Diluar kamar bersalin, aku tak henti-henti memohon kepada Yang Maha Agung supaya dipermudahkan urusan ini. Mana taknya, setiap detik bagaikan satu hentakkan ke jantung aku yang berdenyut kencang. Apabila dimaklum kan yang isteri dan bayi yang dilahirkan selamat semuanya. Terus aku mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi.

Beberapa minit sebelum jam 4 ptg, Isteri dibawa keluar dari kamar bersalin dan akan dibawa ke wad, aku secara spontan dilantik sebagai jurumudi katil begerak oleh nurse. Baby pulak di bawa oleh sorang lagi nurse, Slepas bermalam di wad semalaman, Isteri n baby dibenarkan pulang kerumah.

Harapanku agar Nik Muhammad Danish membesar dengan sihat, just like his brother. Walaupun agak penat sbb kedua-duanye adalah putera, aku tetap syukur dan sgt berharap mereka akan meneruskan perjuangan aku yang belum selesai. Hurmm... apa yang belum selesai yerr... hehee. So many things haven’t done yet. But the most important is Mereka menjadi anak yang baik. Itulah harapan sebenar seorang ayah.

No comments: