Wednesday, August 20, 2008

Myskills 2008 award

Last Saturday, I was invited to Majlis Anugerah Pertandingan Myskills 2008 dan Pelancaran Karnival Kemahiran. The program organized by Advance Technology Benter (ADTEC) on behalf of Ministry of Human Resource. The program is criticized by Prime Minister as ‘Suram’. Maybe they have face budget constraint to organize this event kotttt…

Here is the report from Bharian.com.my

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Nasional/20080815232857/Article/

PM syor pekerja perkasa diri menerusi ilmu dan latihan

SHAH ALAM: Selepas dikenali sebagai sebuah negara yang aman dengan penduduknya berbilang kaum, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu masyarakat luar turut mengenali Malaysia sebagai negara yang memiliki tenaga kerja berkebolehan serta berkemahiran tinggi.

Perdana Menteri berkata, ia boleh dicapai dengan memperkasa diri menerusi ilmu dan latihan yang diberikan agar bertambah mahir dalam segala bidang.

"Sebelum ini mereka kagum rakyat Malaysia baik tetapi yang saya hendak sangat, mereka mesti akui kepandaian kita dan kemahiran tinggi yang dimiliki. Pengiktirafan inilah yang kita mahu capai. Seperti orang Jepun diakui kebolehannya dalam bidang teknologi tinggi.

"Mengapa tidak bagi rakyat Malaysia. Kita boleh, malah semangat `Malaysia Boleh' mesti ada pada diri kita yang mahu sentiasa maju. Kita perlu tingkatkan nilai kecemerlangan kita," katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap melancarkan Pelan Induk Latihan dan Pembangunan Kemahiran Pekerjaan Malaysia 2008-2020 dan penyampaian anugerah Pertandingan MySkills di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (Adtec) di sini, semalam.

Hadir sama, Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam dan Timbalannya, Datuk Noraini Ahmad.
Abdullah berkata, jika dulu kerajaan memberikan latihan kemahiran kepada ramai lulusan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) tetapi sekarang tidak ada lagi kerana Kementerian Pelajaran tidak menunjukkan `pintu keluar' hanya selepas pelajar lulus SRP.

Katanya, pelajar tidak boleh dibiarkan mencari pekerjaan hanya selepas lulus pengajian Tingkatan Tiga berikutan umur mereka yang masih muda, rendah dari segi pengetahuan dan belum ada kemahiran.

"Bagaimana nanti mereka hendak bersaing dalam dunia pekerjaan yang memerlukan kemahiran yang tinggi. Kerana itu, mereka yang diambil menjalani latihan kemahiran kini ialah pelajar lepasan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) dan STPM (Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia).

"Dengan sukatan pelajaran yang berubah, kita membuat satu anjakan yang penting dengan memberi tekanan kepada kemahiran lebih tinggi kerana industri di negara kita semakin meningkat berbanding dulu.
"Sekarang kita sudah mampu menghasilkan produk yang lebih berkualiti dengan adanya peralatan komputer dan mesin canggih yang dikendalikan tenaga kerja berkemahiran," katanya.

Abdullah berkata, Pelan Operasi Latihan dan Pembangunan Kemahiran Pekerjaan itu perlu dijadikan panduan dalam menentukan hala tuju latihan dan pembangunan kemahiran negara selaras usaha menghasilkan modal insan kelas pertama, berpengetahuan dan berkemahiran.

Terdahulu beliau menegur Adtec selepas melihat suasana yang agak suram pada majlis itu dengan berkata, keceriaan di sesebuah pusat latihan perlu diberi perhatian kerana ia penting bagi pekerja.

"Kalau suasana bekerja sentiasa ceria, ini akan menjadikan mereka yang bekerja di situ berasa seronok. Jika sebaliknya berlaku, semangat bekerja pun boleh hilang.

"Sikap kita terhadap pekerjaan penting dan keceriaan juga penting. Tetapi kemahiran adalah amat penting, kalau tidak ada sudah tentu kita tidak akan dapat melaksanakan kerja yang diamanahkan," katanya.





No comments: