Selepas beberapa ketika aku tersasar dari menulis blog, kini aku kembali dengan harapan baru agar penulisan ini dapat diteruskan higgalah aku menemui titik noktah yang sebenarnya. Aku tersasar bukan kerana keinginan nafsuku sendiri namum ada petualang yang terus menerus menekan aku supaya aku terhenti dari mencapai diari ini seterusnya meluahkan rasa hati yang kadangnya aku sendiri tidak mengerti...
Petualang itu merupakan satu unit yang sentiasa menutupi dan menapisi laluan untuk ke dunia luar, mungkin mereka dapat mengesan salah satu hobiku adalah melayari laman ini lantas ditapisnya, ditutupin nya dan diberikan masa yang singkat untuk aku memerhati, membaca dan mencerna apa yang ada dilaman ini, laman kawan-kawan dan sanak saudara.
Kini semuanya berakhir, minggu ini merupakan minggu pertama aku ditukarkan ke unit petualang ini. Surat bersampul putih di pigeon hole aku merubah segalanya. Rupanya, aku menerima amanat dari ketua cif untuk menerajui unit petualang ini. Walaupun pada dasarnya aku tidak layak untuk ini. Tapi Aku hanya mampu menurut perintah. Adakah berbaloi semua ini.
Minggu ini, aku blom berbuat apa-apa lagi disini, cuma menghadiri beberapa 'pertemuan' dan merangka perancangan strategi yang akan disemak oleh ketua cif nanti. Tapi itu semua bukan perkara utama bagi aku lagi. Di kotak fikiran ku tertanya - tanya, perlukan aku manapisi diriku sendiri, menutupi capaian ku sendiri ataupun memberikan masa yang singkat pada diriku sendiri.
Sekian
2 comments:
welkam bek, pok yuh!
gapo unit petualang tu? xpaham lasum!
xplain plis...
hehee.. hanya org yang bekerja saja mengerti...
Post a Comment