Ku bermohon kepada Tuhan
Semoga terus menerus berikan ku ruang
Dikala ku merasakan bahawa dunia
tidak lagi berpihak pada ku
Ku mohon pada Tuhan
Terus menerus berikan ku kasih sayang
Agar aku mampu terus mampan
Mendakapi hari yang mendatang
Ku mohon pada tuhan
Dan ku akan terus memohon
kerana aku cintai-Nya
kerana aku adalah Hamba-Nya
No comments:
Post a Comment