Wednesday, October 20, 2010

Harga Inspira berserta Insuran

Sah aku blom mampu lagi...





Sumber : Blog automotif tempatan

Pendidikan Kemahiran

Saya begitu tertarik apabila salah seorang dari pelajar saya mengatakan bahawa sistem pendidikan di negara ni sudah tidakmemberi peluang kepada mereka, sejauh mana kebenarannya?. Bila saya fikir kembali, sistem pendidikan di negara kita ni lebih kepada bertumpukan peperiksaan atau berorientasikan peperiksaan, dimana setiap pelajar akan dinilai berdasarkan keputusan peperiksaan yang mereka perolehi.

Apabila kita sebut peperiksaan, maka dengan mudah kita boleh mengagak gender mana yang akan mendahului. Mungkin tak semua orang berpendapat seperti saya, namun kebenarannya, dapat kita lihat dimana semua IPT di negara kita dimonopoli oleh pelajar wanita. So, mana perginya pelajar-pelajar lelaki ni. Kemana menghilang, sudah dimakan garuda kah?? Serenti?? Disebalik tirai besi kah??, ini merupakan pandangan sekilas yang skeptikal.

Tapi bila kita siasat balik, rupa-rupannya pelajar lelaki lebih mudah dijumpai di pusat-pusat latihan kemahiran, Allah itu maha adil, dia menjadikan manusia itu dalam kepelbagaian. Tak semua makhluk ciptaan nya mempunyai keupayaan dalam akedemik, dan Allah juga menjadikan sesuatu makhluknya itu sangat berbakat dalam kemahiran dan kerja tangan walaupun mempunyai keupayaan akedemik yang terbatas.

Bebalik kepada sistem pendidikan kita tadi, saya berpendapatan bahwa kita mestilah mempunyai sistem pendidikan yang memberikan ruang dan peluang kepada pelajar-pelajar yang berbakat kemahiran ini. Kita mesti mempunyai kaedah khas untuk menilai mereka untuk membolehkan mereka juga dapat menggapai ke menara gading. Satu kaedah penilaian secara berterusan mestilah diadakan bagi mengelakkan bakat-bakat mereka terlepas begitu saja, nagara sangat memerlukan bakat mereka.

Adalah menjadi harapan saya, suatu hari nanti, pendidikan kemahiran dan akedemik akan selari bersama-sama dalam arus perdana perdidikan negara kita. Buangkan jauh-jauh persepsi yang menganggap bahawa pendidikan kemahiran itu sbg pilihan terakhir atau 'second echelon'.

Ini merupakan pandangan peribadi saja sempena Melaka Maju 2010, harap2 saya menang cabutan bertuah sebuah rumah. Amin...

Monday, October 18, 2010

Spyshot Myvi 2011 kot

Dah jadi macam blog automotif pulak.. haha..
Lepas proton lancar versi salin kulit nyer yang terbaru,
pakar salin kulit yang kedua mesti la kena fight balik..
model salin kulit kali ni merupakan successor best winning award car.. (ye kot)

Terimalah..

mana satu abg, mana satu adik??

Gambar copy n paste dari blog2 automotif tempatan.

Saturday, October 16, 2010

RM100 juto lebih - banyok tu abe..

Tu ayat dari membe aku la...
Bajet 2011

1. PTK Mansuh
2.Spesel allawon RM500
3. Cuti bersalin 90 hari.

Agok2 semangak koh abe wee nok wak kijo...

Kerajaan tak beri bonus bagi elak perbelanjaan melebihi pendapatan: PM


2010/10/16

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan memberikan bantuan kewangan khas dan bukan bonus sebulan kepada kakitangan awam kerana tidak boleh berbelanja lebih daripada pendapatan.

Perdana Menteri berkata, sekiranya kerajaan memberikan bonus sebulan ia menyebabkan perbelanjaan kerajaan sehingga RM3.1 bilion.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata demikian pada Perhimpunan Kebangsaan Guru 1Malaysia di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini, pagi ini. Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sumber Berita Harian

Proton Emas view pd public

Sempena pertandingan kemahiran malaysia (PKM) sekarang ni tengah berlangsung kat CIAST, proton menampilkan kederaan eco friendly kat public, dulu aku ada pernah terbaca jugak tentang proton nak produce eco-friendly car ni, tak tak brapa follow sgt, tgk pada design, mmg comel jugak, kalu harga murah, bole la ambik satu wat g kedai beli cekedis..  Kalu harga macam Inspirrahhh.. terpaksa la let go dulu.. hehe

Gambar proton Emas


Design dari Itali
Gambar pow dariArt...
TQ

Friday, October 15, 2010

Proton Inspira - Perbandingan Harga

PROTON INSPIRA
1.8 (M) - From RM79,888
1.8 (CVT) - to
2.0(CVT) - RM 95,000

MITSUBIHSI
Mitsubishi Lancer 2.0GT – RM123,980

TOYOTA
Toyota Vios 1.5 TRD Sportivo – RM92,990
Toyota Vios 1.5G – RM87,990
Toyota Vios 1.5E – RM81,990
Toyota Vios 1.5J (A) -RM76,990
Toyota Vios 1.5J (M) – RM71,990

HONDA
Honda City 1.5L Grade S – RM84,980
Honda City 1.5L Grade E – RM89,980
Honda Civic 1.8 Sedan – RM114,980
Honda Civic 2.0 Sedan – RM129,980
Honda Jazz 1.5L Grade S – RM104,800
Honda Jazz 1.5L Grade V – RM109,800

NISSAN
Nissan Latio 1.8Ti (AT) – RM99,958
Nissan Latio 1.6ST (MT) – RM84,680
Nissan Latio 1.6ST (AT) – RM88,980
Nissan Latio 1.6ST-L (AT) – RM92,930
Nissan Latio Sport 1.6ST-L (AT) – RM96,880
Nissan Sentra SPort 1.6L (M) – RM85,750
Nissan Sentra SPort 1.6L (A) – RM89,800
Nissan Sylphy 2.0L Comfort (A) – RM114,850
Nissan Sylphy 2.0L Luxury (A) – RM116,800

NAZA
Naza Forte 1.6EX – RM75,800
Naza Forte 1.6SX – RM81,800
Naza Forte 2.0SX – RM93,800

MAZDA
Mazda 3 Sport 1.6 – RM103,017
Mazda 3 Sport 2.0 – RM133,537

Credit : http://harga-kereta.blogspot.com
& Thestar & funtustico design


Thursday, October 14, 2010

Proton Inspira

Dah start bole booking hr ni...
Didatangkan dengan 3 variasi
1.8L Manual
1.8L CVT
2.0LCVT
Gambar dicedok dari blog2 automotif tempatan.