Last week sempat bawak AnD jumpa Umilong, Ayahlong, Kak Long, Abg Mat, Kak Tin kat Quality Hotel KL. Perjalanan menaiki kenderaan marhain memakan masa lebih kurang dua jam dari negeri Hang bersaudara ke Lembah Yap Ah Loy. Plus minus dengan makan langsat sikit sampai la jugak ke destinasi.
Tp kami tersampai awal la plak, So dengan menggunakan kecanggihan media telekomunikasi, kami dapat mengesan yang Ayahlong masih lagi berada kat Genting Sempah. Jauh gak tu. So kami pon sempat lah bershopping window kat Super Duper Runcit Sogo. Bukan main sesak lagi kat sini. Nak carik parking pon ambik masa berjam.. err.. tak sampat sejam kot, tp keboringan menunggu buat masa berlalu begitu sentimental sekali.
Lebih kurang pukul 2 ptg, Ayahlong sekeluarga dan sampai n checkin kat Hotel, so kami terus la bergegas ke sana. Ayahlong awal2 lagi tunggu kami kat depan hotel tu nak guide kami g parking. Sib baik parking banyak, siap dapat parking pree lagi. Lain kali leh datang lagi kat sini lah..
Akhirnya kami sampai gak ke bilik Ayahlong sekeluarga. AnD mulanya malu-malu sbb dah lama tak jumpa. Tp kejap jer, pastu mula la dia wat aksi-aksi tidak terlampau mereka. Umilong plak bawak hidangan istimewa dr Terengganu. Fuhh.. mmg seronok AnD sekeluarga. Maklum lerr dah lama tak rasa KECAPE Terengganu. Mmg banyak betul AnD makan termasuk la ayah AnD.. hehee Tambah tiga kali kerr empat kali.. ratah lauk lagi… Dah lebih kurang majlis perbandaran dah dibuatnyer..
Tgh sedap2 makan tu sampai terlupa nak snap gambar makanan, khusyuk sgt makan, lepas makan ada plak sesi penggambaran AnD bersama Abg Mat dan kamera DSLR terbaru milik Ayahlong. AnD apalagi laa.. Posing jer la kat celah-celah beg Ayahlong, A plak tak abis-abis mintak nak turun bawah g kat kolam renang. A ni mmg pantang betul kalu jumpa kolam renang, mmg nak berendam je lah..
Dah puas AnD main2 ngan Along, Abg Mat n Kak Tin, tiba masa utk kembali ke negeri Hang bersaudara. Masa on the way balik,sekali lagi kami makan langsat. Huh.. tp tak mengapa kerana nasi bukhari ada menemani kami.. hehee
1 comment:
tunggu ye.. nanti nk upload gambar hari tu kt facebook..
Post a Comment