Friday, November 20, 2009

Thermostat Enjin

Ujung minggu ni free sket, sebab kawan wife tak jadi nak datang rumah, so berkira-kira nak (Do – It – Yourself) DIY la servis keta kat rumah, bole lah save cost sket time-time gawat camnih. Lagipun rasanya tak susah setakat nak tukar minyak enjin dengan tukar air radiator. Dah belek2 kat forum-forum automotif td, tak berapa rumit sangat la nak realisasikan projek DIY nih.

Satu lagi, keta ni nak kena pasang thermostat balik lah, sbb rujuk kat forum teknikal n wikipedia. Enjin sesebuah kereta tu beroperasi pada suhu tertentu untuk mendapatkan prestasi yang optimum. Last year, pomen panel sy dah remove benda ni sbb katanya kita ni duduk kat Malaysia, cuaca panas n lembab, so tak perlu la pakai thermostat sebab thermostat ni direka untuk kereta kat jepun yang mana suhu kat negara diorang kadang tu 5 darjah Celcius saja.

So hampir setahun jugak la running enjin tanpa thermostat, so far ok lah tapi masalah nya enjin lambat sangat nak capai suhu pengoperasian. Kalau setakat 5-6 minit panaskan enjin, tak sampai setakuk pon pada meter suhu tu. So memang lambat la. Biasanya kena jalan dulu baru dapat suhu yang dikehendaki. Kekadang tu kalu drive malam or dalam hujan, suhu pon drop jugak sampai suku jer. Suhu yang sepatutnya ialah kat tengah-tengah kurang sikit-skit jer. Ni sy refer kat forum automotif la..

Based on article kat HowStuffWork n Wikipedia, thermostat mempunyai beberapa fungsi yang penting dalam sistem penyejukan enjin. Salah satu nya nak mempercepatkan enjin mencapai suhu yang dikehendaki untuk beroperasi dengan cara menyekat air daripada mengalir kedalam radiator jika suhu enjin masih sejuk. Ini kerana thermostat biasanya akan membukat pintu aliran air ke radiator pada suhu 82-85 darjah celcius.

Selain daripada tu, themostat jugak memastikan suhu sentiasa berada dalam keadaan stabil dengan cara mengawal kadar bukaan pintu aliran air ke radiator. Jika suhu tidak terlalu panas. Maka aliran yang dibenarkan melalui termostat adalah perlahan sahaja kerana pintu aliran dibuka sedikit sahaja. Jika suhu enjin sudah tinggi, maka pintu aliran akan dibuka semaksimum mungkin untuk membolehkan air mengalir dengan lebih pantas seterusnya mengyejukkan enjin kereta anda.

Nway, maklumat kat atas tu mebbe ada sedikit kekurangan sebab sy ni bukan student automotif, tp cukup untuk sekadar menjaga enjin kereta kesayangan sendiri. Karang kalu dah kena overheat enjin, lagi banyak plak modal kena keluar untuk repair. Lagi pon dengan DIY ni dapat la berjimat cermat sket. Bak seruan pemimpin kita suruh rakyat Ubah Gaya Hidup. Pasni tak payah makan nasi, makan ubi kayu jer.. hehhe.. pastu kalu yang perut jenis makan nasi.. jangan risau, sumbat jer ubi kayu tu bebanyak.. baru kenyang..

Adios...


A n D

3 comments:

Mat Hazwan said...

cakap pasal makan ubi kayu, mat n sekeluarga pagi td sarapan dgn ubi kayu je... best jugak makan tyme hujan2 nie..

nmfairus said...

Sedap tu makan ubi kayu,
Mat cicoh ngan gapo?

Mat, kat ganu lonih kuat taun ye..
pok yuh tgk dm berito..

Mat Hazwan said...

cicoh dgn gula jah.. sedap..

taun kuat.. ramai masuk spital.. kes air tercemar.. sapa ke khutbah jumaat pon ckp pasal taun..