Monday, November 09, 2009

Bebelan hari ini

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua pelajar sekelian, semoga anda sihat semua pada hari ini untuk kita teruskan pembelajaran. Kalau ada yang rasa-rasa tak sedap badan tu, boleh lah buat regangan sikit, biar mata tu kembali cerah n segah, boleh tarik nafas dalam2 jugak, bagi oksigen sampai kat otak terutama bahagian serebrum, sereblum dan medula oblonggata

So, minggu lepas, u all semua ada pergi taklimat OJT kat pusat sumber kan. Faham tak apa yang kena buat dan cara-cara nak isi borang kehadiran, nak isi maklumat dalam buku log semua tu. Sblm tu, ada tak pelajar yang masih belum dapat tempat untuk OJT, kena cari cepat sikit yer. Kalu tak benda ni boleh menjejaskan u all punya sijil dan CGPA.

Last week saya ada bagi assignment kan untuk subjek saya, so due date dia sampai petang ni. Harap hantar cepat sikit lah sbb saya nak marking semua tu and bagi markah pada u all. Markah ujian pon saya akan compile dan semua ni akan masukkan dalam CGPA u all. So kena buat betul2 lah, jangan meniru or ceduk daripada mana2 resource yang ada kt internet, especially information dari laman web indon. Jangan sampai saya jumpa assignment u all yang guna bahasa Indon. Better watch out.

So minggu ni saya bagi u all masa untuk study la untuk final exam nanti, jangan siakan masa dan ruang yang saya telah bagi ni. Kepercayaan yang saya bagi ni jangan awk ambil kesempatan pulak dengan main game and buat bising dalam kelas, saya ada spy dalam kelas untuk report pada saya siap yang slalu ponteng and buat bising dalam kelas.

Hari ni saya nak kongsi la sedikit cerita dengan u all semua, u all semua tahu kan yang u all semua ni pelajar dalam bidang kemahiran. Ramai orang beranggapan yang bidang kemahiran ni as a second class or second echelon or banyak lagi la term diorang. Tp bagi saya bidang kemahiran ni tak kurang penting nya dalam kita nak memajukan Negara umum nya dan khasnya untuk memajukan diri kita sendiri. Jadi saya nak u all semua tanamkan dalam diri masing-masing that Bidang Kemahiran bukanlah satu bidang yang dipandang sebagai kelas kedua. Malah bidang kemahiran ni merupakan bidang yang sangat penting dalam konteks Negara kita sekarang. Perhatikanlah kat luar sana berapa ramai graduate dlm akedemik masih lagi menganggur dan ada diantara mereka amat sedikit penguasaan dalam bidang kemahiran tak kira lah sama ada hard skill or soft skill.

Tp saya nak tegaskan bahwa, kemahiran semata2 pon tak boleh jugak, u all kena seimbangkan sedikit dengan pengetahuan teori, Sbb itulah di ILP ni, u all semua akan diajar toeri dan amali dalam nisbah yang optimum mengikut level masing2. kalau level 2, mestilah u all lebih banyak buat kerja2 amali iaitu 70% amali dan 30% teori, tapi bila u all belajar masuk tahap 3,4 dan seterusnya. Peratusan teori akan meningkat sbb bila dah tahap 3 keatas, u all akan didedahkan dengan kerja2 penyeliaan dan pengurusan. So, benda2 ni memerlukan u all berfikir secara kreatif untuk menyelesaikan masalah dan mencapai objektif kerja u all.

Last week saya ada menonton satu forum kat tv1 tentang aliran kemahiran dan aliran akedemik. Aliran kemahiran biasa nya orng lebih faham ia adalah kerja2 teknikal dan aliran akedemik lebih dianggap sebagai professional. Panel dalam forum ni terdiri daripada org2 dalam bidang kemahiran dan teknikal dan di hoskan oleh Dr. Fazley, mesti u all kenal kan Dr. Fazley ni, lagi2 student ppuan, yang hensem2 tu.

Dalam forum tu, sorang bakal arkitek dari uitm, dia ni salah seorang panel lah, menegaskan bahwa akedemik lagi penting dari kemahiran, dalam kontek pembinaan bangunan, mestilah pelan disiapkan terlebih dahulu sebelum bagunanan dibangnkan. Demikian lah tegas beliau. Kalau kita tengok hujah beliau, mmg betullah lah kalu kita nak dirikan sasuatu bangunan ataupun nak buat enjin turbo sekalipon, mesti lah ada pelan or paper dulukan. Tp pernahkan beliau terfikir, walaupun pelan dah siap. Kalau takde org yang berkemahiran yang nak bina bangunan tu, boleh siap ke bangunan tu?, Pelan dah siap tapi takde skill worker nak bina. So, tak mencapai la target untuk bina bangunan tu. U all fikir la sendiri yer..

Sebenarnya mana2 aliran/bidng pon penting, macam u all ni dah masuk dalam bidang kemahiran, so kena lah kuasai betul2, tak kira lah sama ada soft skill or hard skill, kena kuasai betul2. baru lah u all akan berbeza dengan org yang takdak ilmu. Penat lelah parent u all hantar u all kat sini akan berbaloi2. So petang ni kena pastikan semua assignment siap and dah ada kat atas meja saya before 3.30pm. Ketua n Penolong ketua, awak pastikan semua pelajar buat kerja and jangan merayau waktu kelas. Saya ada kat opis pengajar tulis blog.. ha ha ha..

2 comments:

Salsabila said...

hahaha...
ape la lecturer ni. pjg membebel, suro student buat assignment. dia syok2 kt opis, tulis blog...
mwahaha~

nmfairus said...

hehe, sekejap jer tulis blog,
pastu marking paper, wat soklan, wat rsearch n banyak lagi lah..
Bz tau..:)