A n D stands for Afiq and Danish
Hari ni dah masuk hari ke3 Danish berak2.
Punggung dia pon dah merah-merah
Ada gak bahagian yang dah melecet
Siannyer kat dia, tp kata orang nak besar kena la lalu macam2
Mebbe aku kecik2 dulu pon penah kena camni jugak.
2,3 hari Lepas AnD buat surprise kat
surprise apenyer.. buat aku terkujat sampai bertakbir...
Mula-mula tu si Danish ni (umo dlm 6 bulan)
Dah pandai guling2 n merangkak.
Main langsir kat tepi katil tu.
Katil plak ada gap(ruang) dengan dinding, so muat2 budak masuk kat situ..
Aku masa tu tgh buat kijer kat luar tetiba dgr dia nangis..
AKu tgh wat kijer kat depan umah, mama plak kat dapor..
Aku ingatkan nangis biasa tp rupanya2 kepala dia dah masuk kat gap(ruang) antara katil ngan dinding tu..
Apalagi, aku bertakbir n melompat terus tuk selamatkan dia...
aku rapatkan gap tu.. takmo pisang berbuah 2 kali..
Nasib baik takde apa2 kat dia..
Mlm tu giliran afiq plak wat surprise..
Aku, mama n danish tdo atas katil
afiq plak aku beli tilam untuk tdo kat bawah.
Dia kena tdo bawah sbb dia tdo buas..
Dlm kol 2.30pagi, aku macam tdgr ada budak nangis bawah katil
aku terus terkujat ingatkan danish jatuh katil lagi.
aku terus bukak lampu n tgk bawah katil
rupanya si Afiq dah bergolek masuk sampai tgh2 katil
kat bawah tu tak kena kipas, so dia terjaga sbb kepanasan.
Aku n mama instruct dia suruh keluar dr bawah katil tu..
tp mana la budak bawah 2 tahun nak faham..
Afiq tersekat bawah tu, masa masuk mebbe dia golek2an badan
tp bila nak kuar dia terus nak bangun,
so kepala terhantuk n tersekat kat bawah tu.. jam 2 pagi plak tu..
so aku n mama sekuat tenaga tarik katil tu n keluarkan afiq ikut gap antara dinding n katil..
Fuh.. dah berpeluh-peluh si Afiq ni...
Padahal aku dah letak bantal utk elakkan afiq dr masuk bawah katil..
Tak tau la camana leh masuk jugak..
Itu lah cerita A n D n K n G..............
My Son.. U're my life... Mama too...
Wednesday, February 25, 2009
Thursday, February 19, 2009
I'm back on track
Selepas beberapa ketika aku tersasar dari menulis blog, kini aku kembali dengan harapan baru agar penulisan ini dapat diteruskan higgalah aku menemui titik noktah yang sebenarnya. Aku tersasar bukan kerana keinginan nafsuku sendiri namum ada petualang yang terus menerus menekan aku supaya aku terhenti dari mencapai diari ini seterusnya meluahkan rasa hati yang kadangnya aku sendiri tidak mengerti...
Petualang itu merupakan satu unit yang sentiasa menutupi dan menapisi laluan untuk ke dunia luar, mungkin mereka dapat mengesan salah satu hobiku adalah melayari laman ini lantas ditapisnya, ditutupin nya dan diberikan masa yang singkat untuk aku memerhati, membaca dan mencerna apa yang ada dilaman ini, laman kawan-kawan dan sanak saudara.
Kini semuanya berakhir, minggu ini merupakan minggu pertama aku ditukarkan ke unit petualang ini. Surat bersampul putih di pigeon hole aku merubah segalanya. Rupanya, aku menerima amanat dari ketua cif untuk menerajui unit petualang ini. Walaupun pada dasarnya aku tidak layak untuk ini. Tapi Aku hanya mampu menurut perintah. Adakah berbaloi semua ini.
Minggu ini, aku blom berbuat apa-apa lagi disini, cuma menghadiri beberapa 'pertemuan' dan merangka perancangan strategi yang akan disemak oleh ketua cif nanti. Tapi itu semua bukan perkara utama bagi aku lagi. Di kotak fikiran ku tertanya - tanya, perlukan aku manapisi diriku sendiri, menutupi capaian ku sendiri ataupun memberikan masa yang singkat pada diriku sendiri.
Sekian

Subscribe to:
Posts (Atom)